Satu perlawanan liga utama di Turki terpaksa ditunda di pertengahan aksi selepas presiden Istanbulspor mengarahkan semua pemain pasukannya menarik diri dan keluar dari padang sebagai protes terhadap keputusan pengadil dalam perlawanan mereka menentang Trabzonspor.
Insiden itu berlaku pada hari bola sepak Turki disambung semula, seminggu selepas ia digantung apabila pengadil ditumbuk oleh presiden kelab minggu lalu.
Trabzonspor mendahului 2-1 selepas tandukan Paul Onuachu pada minit ke-68.
Tetapi Istanbulspor mendakwa mereka sepatutnya mendapat penalti sebelum gol kedua lawan mereka dijaringkan.
Presiden Ecmel Faik Sarıalioglu turun ke padang dan mengarahkan kesemua pemainnya keluar dan tidak meneruskan permainan sebagai protes pada minit ke-73.
Beberapa pemain Istanbulspor cuba memujuk presiden untuk mempertimbangkan semula keputusannya. dengan pemain pertahanan Ivory Coast Simon Deli yang merupakan telah melutut di hadapan presiden kelab itu meminta agar dia tak campur tangan dengan urusan di atas padang.
İstanbulspor Başkanı Takımı ısrarla sahadan çekmeye çalışırken Oyuncusu Simon Deli maça devam edebilmek için diz çöküp yalvardı. pic.twitter.com/k2GALCdG7E
— SALVA (@salvareyiz) December 19, 2023
“Ia adalah hari yang menyedihkan untuk bola sepak… Kami akan menunggu keputusan persekutuan bola sepak mulai sekarang,” kata jurulatih Trabzonspor Abdullah Avci.
Trabzonspor menyiarkan di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, bahawa perlawanan itu “dihentikan pada minit ke-73 kerana pemain pasukan lawan menarik diri dari padang”.
Istanbulspor berada di tangga tercorot Super Lig.
Ramai peminat telah menganggap Liga Turki semakin menjadi komedi di mata liga lain di eropah musim ini. Terlalu banyak insiden yang tidak sepatutnya berlaku terutama sekali campur tangan pemilik kelab atau presiden kepada aksi di atas padang.
Simon Deli Varını Yoğunu KG ye basmış ag pic.twitter.com/KMCyyGJUvW
— SALVA (@salvareyiz) December 19, 2023
Minggu lalu, presiden Ankaragucu Faruk Koca telah ditahan selepas dia berlari ke padang dan menumbuk mata pengadil Halil Umut Meler berikutan keputusan seri 1-1 dengan Caykur Rizespor. Meler turut mendapat beberapa lagi serangan daripada beberapa individu ketika dia terbaring di atas padang.
Insiden itu yang menarik perhatian dunia dan dikecam meluas, menyaksikan Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) menggantung semua liga di negara itu selama seminggu bagi memberikan ruang kepada polis menjalankan siasatan jenayah seperti diarahkan pejabat kehakiman Turki.
Koca telah diberi larangan seumur hidup oleh TFF. Dia mengumumkan perletakan jawatannya selepas itu.
Ketika aksi Liga Turki disambung semula pada hari Selasa, kanak-kanak maskot memakai baju-T yang bertulis “respect” memberikan bunga kepada pengadil sebelum perlawanan Basaksehir dengan Sivasspor.