Pemain Juventus Pulaukan Ronaldo Kerana Dia Diberikan Kebebasan Yang Berbeza

Laporan oleh Gazzetta Dello Sport dari Itali menyatakan bahawa beberapa rakan sepasukan Cristiano Ronaldo telah memulaukan pemain tersebut pada ketika ini.

Mereka tidak berpuas hati dengan kebebasan yang luar biasa diberikan kepada pemain tersebut oleh kelab. Sebelum ini Juventus berhadapan dengan AC Milan dan memerlukan kemenangan untuk mendapat tempat dalam slot 4 teratas.

Ketika itu kedua dua pasukan terikat dengan 69 mata. Dan Juventus sedia menjamu AC Milan di Allianz. Namun pada hari tersebut Juventus tewas dengan memalukan 0-3 kepada AC Milan.

Brahim Diaz, Ante Rebic dan Fikayo Tomori menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut. Juventus terkeluar daripada 4 teratas.

Ronaldo dipulaukan

Menurut Gazzetta, tumpuan pemain Juventus ketika itu agak tidak stabil. Kerana mereka kurang senang dengan tindakan kelab memberikan pelepasan kepada Ronaldo yang tidak bermain dalam aksi tersebut.

Sebaliknya Ronaldo pergi ke ibu pejabat Ferrari di Maranello. ESPN melaporkan Ronaldo ke ibu pejabat Ferrari bersama sama dengan presiden Juventus, Andrea Agnelli dan presiden Exor iaitu John Elkann dan juga pengerusi Ferrari.

Ronaldo diberikan pelepasan daripada menghadiri sesi latihan atas alasan untuk tujuan acara bersama penaja. Dan inilah pertama kali Ronaldo tidak hadir ke sesi latihan.

Perkara ini membuatkan pemain pemain lain tidak senang dengan Ronaldo.

Menurut Gazzetta lagi, Ronaldo kemudian dipulaukan oleh rakan rakannya di bilik persalinan. Hubungan mereka tidak semesra dulu kerana pemain pemain lain tak puas hati dengan tindakan kelab yang melayan Ronaldo sebagai anak emas.

Mereka merasakan pemain lain tidak dilayan adil. Dan pemain pemain lain dikatakan tidak mahu disalahkan kerana kelab gagal ke top 4 dan Ronaldo pula dilayan sebaliknya.

Juventus musim ini terlepas Serie A dan juga UCL.

Maka tidak mengejutkan apabila semalam, terdapat laporan menyatakan bahawa ibu Ronaldo mahu anaknya kembali semula bermain di Portugal.

Masa depan Ronaldo turut dikaitkan dengan beberapa kelab lain. Walaubagaimanapun, timbalan pengerusi Juventus, Pavel Nedved sebelum ini sudah memberikan jaminan bahawa Ronaldo tidak akan ke mana mana. Dia akan terus kekal di Juventus sehingga kontraknya tamat pada Jun 2022.

Presiden kelab, Agnelli turut mengesahkan Ronaldo akan terus kekal. Namun itu bukan jaminan. Dengan bebanan kewangan Juventus ketika ini, ianya pasti tidak mustahil mereka akan melepaskan Ronaldo.

Jika Juve gagal ke UCL musim hadapan, mereka akan kehilangan puluhan juta euro daripada hak penyiaran dan bonus UCL.

Beberapa kelab terkemuka Eropah telah dikaitkan dengan Cristiano Ronaldo musim depan. Bermula dari Paris Saint-Germain hingga dua dari bekas pasukannya, Manchester United dan Real Madrid.

Namun ibu Ronaldo, Dolores Aveiro baru baru ini meminta agar anaknya pulang ke Portugal dan beraksi semula bersama Sporting CP.

Dolores mahu Ronaldo mewakili semula kelab lamanya, yang menjadi tempat Ronaldo berkembang sebagai bakat muda luar biasa dan kemudian ditandatangani Manchester United.

Ronaldo adalah graduan lulusan akademi Sporting CP dan membuat debut profesional di sana pada tahun 2002. Bintang berusia 36 tahun itu membuat 25 penampilan untuk Sporting dan menjaringkan 3 gol dengan pasukan senior.

Dolores berkata: “Saya akan bercakap dengannya dan berusaha meyakinkannya untuk kembali semula ke Portugal tahun depan. Ke Stadium Alvalede dan memakai jersi Sporting.”

Ini bukan berita yang bagus untuk Pirlo. Kerana beliau pastinya pening mahu mengawal suasana bilik persalinan pasukan.

Ronaldo kembali semula dalam tugasan berhadapan dengan Sassuolo dan menjaringkan gol ke-100 beliau untuk Juventus dalam kemenangan 3-1 mereka.

Seterusnya Juventus akan beraksi berhadapan dengan juara baharu Serie A iaitu Inter Milan dalam derbi d’Italia.

Baca yang lain