Pemain Kedah Dah Dua Bulan Tak Dapat Gaji

Pemain Kedah FA sekali lagi membangkitkan isu bahawa gaji mereka masih tertunggak. Dan kini mereka sudah 2 bulan tak dibayarn gaji.

Mereka menyatakan terpaksa menempuh bulan ramadan kali ini dengan penuh dugaan dan mereka mendakwa menyambut puasa dengan serba kekurangan.

Harian Metro melaporkan bahawa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hanya mengkreditkan sebanyak 30 peratus daripada gaji Februari dengan 70 peratus lagi pembayaran masih tertangguh.

Para pemain bingung memikirkan soal aidilfitri yang akan datang dan ditambah dengan situasi semasa ketika PKP ini.

Menurut Harian Metro, sumber mereka itu berkata: “Dah dua bulan gaji tak masuk, sejak bulan dua (Februari) lagi. Itu pun mereka (KFA) ada bayar sikit tapi yang selebihnya masih tak dapat lagi. Kalau bulan dua pun sangkut, dah tentu bulan tiga (Mac) pun tak nampak bayang.”

“Kalau ikutkan setiap 7 haribulan pemain akan dapat gaji. Kebetulan tarikh itu lusa dan rata-rata pemain memang tunggu dan kalau tak masuk juga, kira gaji dah tertunggak selama tiga bulan.”

“Kesian kat pemain tak dapat sambut Ramadan dengan hati senang. Belum lagi cerita untuk sambut hari raya. Baju raya semuanya nak kena beli awal dan terpaksa beli dalam talian sebab C0V19.”

“Kalau berterusan macam ini, kesian ahli keluarga pemain yang mungkin tak dapat beraya semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya,” kata sumber tersebut kepada Arena Metro, hari ini.

Isu gaji pemain Kedah pernah dibangkitkan oleh pemilik JDT, iaitu TMJ pada sebelum ini. Namun pihak KFA menerusi Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris tampil dengan penjelasan tentang isu tunggakan gaji pemain Kedah FA.

Menurut beliau pihak KFA sudah berunding dengan para pemain dan pemain faham akan keadaan itu. Dan beliau menyatakan ada masalah di pihak penaja yang sukar nak melunaskan tajaan keranan PKP.

Asmirul juga masih tidak berpuas hati apabila imej KFA calar kerana cerita pemain tidak dibayar gaji. Kerana menurut beliau, kalau sampai 3 bulan tak dibayar gaji, maka KFA boleh menerima kecaman ke atas mereka.

Dalam satu lagi kenyataan media, Asmirul membidas FAM dan MFL kerana tidak cuba membantu menyelesaikan masalah. Dan beliau turut membidas JDT yang disifatkannya masuk campur urusan pasukan Kedah.

Asmirul ketika itu terkejut dengan laporan ada pemain mengadu tidak dibayar gaji.

“Isu pemain tidak dibayar gaji – kalau kita tak bayar, yes! [kita terima kritikan]. Sampai 3 ataupun 4 bulan tak bayar dan sebagainya.”

“Tetapi sebenarnya, bagi saya, KFA membayar dan ada catatan rekod yang sangat baik.”

“Mereka kena faham bahawa isu ini, adalah isu peringkat dunia. Isu ini melibatkan ekonomi, kesihatan, keselamatan kepada rakyat. Itu yang lebih penting.”

“Kenapa kita nak memikirkan agenda yang ketiga dan keempat, sedangkan agenda rakyat ini harus diselesaikan dan dijaga dahulu.”

“Saya rasa pelik, sepatutnya pihak induk itu mereka lebih matang, berfikiran lebih jauh ke hadapan.”

“Sebab itu kita nak para pemain kita memiliki pemikiran seperti yang saya sebut sebelum ini – di mana beberapa pemain seperti Mohamed Salah, dan beberapa pemain yang lain – di mana mereka ada tanggungjawab kebajikan apabila berlakukan covid-19 ini.”

Asmirul menyatakan bahawa, pihak KFA sudah mengadakan perbincangan dengan para pemain. Dan beliau agak terkejut apabila ada berita menyatakan pemain tak berpuas hati dan mengadu.

Beliau juga memberikan jaminan, selepas PKP, segalanya akan pulih. Ini kerana rekod pasukan Kedah sebelum ini sangat baik dalam isu pembayaran gaji pemain.

Asmirul juga mempersoalkan bagaimana pula dengan MFL yang sebelum ini gagal melunaskan geran seperti yang dijanjikan.

Dengan laporan terbaru daripada Harian Metro ini, pastinya kita semua mahukan penjelasan daripada KFA.

Sumber: Arena Metro

Baca yang lain