Seorang pemain di Divisyen ketiga Argentina telah menerima antara kad merah paling pelik dalam sejarah bola sepak.
Ianya berlaku dalam aksi antara Argentino De Merlo dengan Sachachispas FC.
Pemain kelab Argentino De Merlo, Axel Ovejero dibuang padang pada minit ke-80 kerana telah kencing di dalam padang.
Ovejero telah melondehkan seluarnya dan terus kencing di dalam padang. Membuatkan pengadil mengambil tindakan ke atasnya.
Dia sukar menerima kad merah itu kerana ianya bukan kesalahan mengasari pemain lain ataupun bertengkar dengan sesiapa.
Ovejero kencing ketika penjaga gol lawan pasukannya sedang menerima rawatan kecederaan.
Ovejero kelihatan menitiskan air matanya ketika berjalan keluar padang. Dengan jurulatihnya berterusa mempersoalkan keputusan pengadil tersebut.
Leonel Ovejero es expulsado en Argentino de Merlo ¿Pegó una patada? ¿Protestó? ¿Insultó? Nada de eso. Orinó en el medio del partido vs. Sacachispas. Candidato al #youcannotbeserious del año. pic.twitter.com/ZBjgL8R3yw
— VarskySports (@VarskySports) July 5, 2023
Sebenarnya ramai pemain yang pernah kencing tengah atau tepi padang dalam sejarah bola sepak. Namun mereka tidak dikenakan kad kuning atau merah.
Ya, memang agak tidak senonoh. Namun mereka tidak mahu mengambil masa yang lama untuk pergi ke tandas dan kembali semula ke padang.
Jadi kes tersebut memang dianggap rare. Ada juga pemain yang akan meminta izin untuk pergi ke tandas sekejap untuk menerima panggilan alam itu.
Ovejero pula menjadi pemain yang dibuang padang kerana kencing dekat dalam padang. Kad merah yang dia akan ingat selamanya.