Pemain Liga Utama Belanda Terpaksa Minta Maaf Sebab Seringkali Diminta Mewakili Indonesia

Boris van Schuppen akhirnya bersuara dan meminta maaf secara terbuka kepada netizen Indonesia di media sosial.

Pemain tengah pasukan Eredivisie, NAC Breda itu mengaku tidak mungkin akan mewakili pasukan Indonesia sebagai pemain warisan. Ini kerana dia berdarah Belanda seterusnya.

Sejak beberapa bulan lalu, Boris Van Schuppen seringkali menerima mesej dan komen yang mendesak pemain itu menyertai Indonesia kerana laporan beberapa media di Indonesia yang kurang tepat menyatakan dia ada darah kacukan Indonesia.

Dia menulis di Instagram miliknya dengan berkata: “Mesej buat peminat saya di Indonesia. Saya memintaa maaf. Sebab, saya sepenuhnya orang Belanda dan tidak akan pernah boleh bermain untuk Timnas Indonesia.”

Rumors tentang Boris van Schuppen berdarah Indonesia telah tercetus sejak 2021. Akhirnya selepas 3 tahun dia bersuara kerana mahu menamatkan terus semua spekulasi tersebut.

Dia menambah: “Alasan saya mengunggah hantaran ini kerana saya mendapat banyak mesej dan pengikut daripada peminat Indonesia dalam beberapa bulan terakhir. Terima kasih atas sokongan anda semua.”

Boris van Schuppen adalah produk Akademi NAC Breda sejak 2012 dan dipromosi ke pasukan utama pada 2021. Malah ada yang menggelarkan dia sebagai permata baharu Shin Tae Yong.

Ini kerana di bawah kendalian Shin Tae Yong ketua jurulatih itu rancak memantau pemain kacukan di luar Indonesia.

Musim lalu dia banyak berehat kerana kecederaan. Dan dianggap bakat yang bagus di Liga Belanda.

Sebelum ini ayah Van Persie membuat penafian yang sama. Menyatakan bahawa anaknya, Robin van Persie sepenuhnya berdarah Belanda. Jadi mustahil untuk melihat anak Van Persie, iaitu Shaqueel van Persie bermain untuk Indonesia.

Anak Van Persie itu memiliki rekod pembangunan yang hebat. Berkembang di Akademi Feyenoord dan Man City. Kini dia bersama skuad remaja Feyenoord.