Pemain Man United Terkejut Ole Rehat Seminggu Dan Kesemua Stafnya Ikut Sama

Para pemain Man United dikatakan terkejut apabila Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan diberikan cuti seminggu oleh Man United.

Lebih mengejutkan lagi, pasukan kejurulatihan Ole juga diberikan rehat yang sama. Jadi, pusat latihan Man United ketika ini tanpa staf staf kejurulatihan Ole.

Ole dilihat berada di lapangan terbang bersama dengan keluarganya. Dalam perjalanan pulang ke Norway, pulang ke kampung halamannya sempena minggu rehat antarabangsa.

Keadaan itu membuatkan ramai tertanya tanya, adakah Ole sedang di ambang pemecatan?

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, selepas kekalahan di tangan City, pengurusan tertinggi Man United langsung tidak berjumpa dengan Ole untuk mengadakan post mortem ataupun perbincangan.

Namun begitu, peminat Man United boleh menarik nafas lega kerana pengurus mereka masih mendapat sokongan daripada majoriti ahli lembaga pengarah tertinggi.

Serterusnya, berdasarkan situasi semasa, Ole hanya akan dipecat jika Joel Glazer menggunakan kuasa veto pada beliau.

Ini kerana Ole ternyata masih menerima sokongan majoriti di Old Trafford. Tetapi Ole mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga Glazer ketika ini.

Man United musim ini seharusnya menjadi pencabar kejuaraan liga. Ini selepas berbelanja besar mendapatkan Jadon Sancho, Varane dan juga Cristiano Ronaldo.

Neville sebelum ini berkata: “Kamu tidak menandatangani Ronaldo jika tidak bersaing untuk kejuaraan.”

Man United sudah menelan 4 kekalahan musim ini daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Dengan beberapa aspek permainan yang jelas perlu diperbaiki.

Rio Ferdinand menjadi pemain legenda pertama yang terbuka menyatakan bahawa, Ole perlu memberikan jawatan itu kepada orang lain yang lebih layak.