Hiannick Kamba, pemain yang berasal dari Congo didapati telah hidup kembali minggu ini selepas 4 tahun mati.
Ini selepas kelibat beliau dilihat di Ruhr, Jerman selepas empat tahun disahkan sudah meninggal dunia.
Kamba sebelum ini disahkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 9 Januari 2016. Kemalangan jalan raya itu dilaporkan berlaku di negaranya.
Ketika itu, kereta yang dinaiki Kamba dilaporkan terbakar ketika kemalangan berlaku.
Namun kini Kamba dilaporkan masih hidup. Dan ada yang mendakwa bekas pemain Schalke 04 itu bekerja di sebuah kilang bahan kimia di Ruhr sebagai juruteknik.
Selepas kematiannya pada 2016, bekas isterinya menuntuk isurans nyawa pemain itu yang bernilai jutaan Euro.
Ramai menuduh Kamba memalsukan kematiannya untuk menutut insurans nyawa dirinya sendiri.
Namun sebenarnya Kamba pernah pergi ke kedutaan Jerman di Kinshasa untuk melaporkan berita palsu berhubung kematiannya.
Mustahil untuk seorang scammer insurans melaporkan dirinya masih hidup. Malah Kamba turut berhasrat untuk kembali ke Jerman pada ketika itu.
Jadi, sangat tak masuk akal untuk menuduh Kamba menipu insurans nyawa.
Namun begitu, sangat sedikit laporan tentang apa yang berlaku. Malah ada yang mengesyaki Kamba sebagai sengaja mengakui dirinya sebagai Kamba. Sedangkan Kamba sudah mati.
BILD melaporkan, ketika itu Kamba memberitahu penguatkuasa bahawa beliau ditinggalkan kawannya di Congo pada Januari 2016.
Former Schalke star Hiannick Kamba 'discovered alive and well'… four years after he was reported DEAD follow car crash https://t.co/GoLfDQhXMu
— MailOnline Sport (@MailSport) May 4, 2020
Kamba mendakwa dia ditinggalkan di sebuah pertempatan yang sangat jauh di Congo tanpa sebarang dokumen dan wang.
Pihak berkuasa Jerman kemudian menyiasat bekas isteri Kamba berkaitan kes penipuan insurans. Isterinya yang melaporkan Kamba sudah mati dan menuntut jumlah isurans yang sangat tinggi.
Kamba merupakan pemain akademi Schalke dan pernah sepasukan dengan Manuel Neuer.
Namun ketika dia dilaporkan mati dan menghilang, Kamba sedang bermain untuk pasukan divisyen kelapan Jerman, VFB Huls.
Kini bekas isteri Kamba berhadapan dengan pertuduhan memalsukan dokumen pengkebumian yang dia dapat dari Congo. Ini sebagai usaha dia nak mendapatkan klaim insurans yang tinggi.
Kamba akhirnya berjaya mendapatkan dokumen pengenalan dirinya yang baharu dan kembali semula ke Jerman, bekerja di Gelsenkirchen.
Kamba ada seorang anak dengan bekas isterinya. Yang kini sudah berusia 10 tahun. Kamba berusia 33 tahun dan isterinya 39 tahun.
Isteri Kamba mengaku tidak bersalah. Di mana dia menyatakan tidak tahu Kamba masih hidup. Dia hanya menuntut insurans itu sebaik sahaja mendengar bekas suaminya sudah meninggal dunia.
Kamba merupakan anak pelarian Congo. Mereka tiba di Jerman pada 1986, selepas setahun Kamba dilahirkan. Namun pada 2005, mereka dihantar pulang semula ke Congo.
Schalke’s Hiannick Kamba was announced dead at the age of 33, after a car accident in his native country of Congo.
4 years and 4 months later, he was discovered alive and working in a power plant in Germany’s Ruhr Valley.
— Zach Lowy (@ZachLowy) May 4, 2020
Lain macam cerita ni. Semoga keadilan memihak kepada mereka yang berada di pihak yang benar.
Jadi macamana kes ini pada pandangan korang tentang kes ini?