Pemain Middlesbrough Melakukan Miss Of The Season, Depan Gol Tak Masuk

Sebelum ini pemain di Liga Mesir melakukan salah satu miss yang dianggap miss of the season. Namun sebelum penutup tahun 2023, Isaiah Jones ternyata menghantar pencalonan pada saat akhir.

Pemain Middlesbrough itu telah melakukan dengan cantik melepasi penjaga gol dengan aksi flick. Namun di hadapan gol dia gagal menyepak bola dan sekadar menyepak angin.

Tragedi itu berlaku ketika aksi Middlesbrough menentang Huddersfield Town yang berlangsung di John Smith’s Stadium dalam Liga Kejuaraan.

Jones sudah pun berjaya melepasi penjaga gol Terriers, Jacob Chapman dan dia sudah melihat gol miliknya di depan mata. Tetapi apakan daya. Daripada melihat kejayaan ianya telah hilang dalam sekelip mata.

Pemain berusia 24 tahun itu dilihat sedikit hilang keseimbangan badannya. Dan membuatkan pertahanan Huddersfield berjaya mengeluarkan bola tersebut daripada masuk.

Jones benar benar terkejut dan kecewa kerana gagal memberikan gol kepada pasukan bimbingan Michael Carrick tersebut. Perlawanan berakhir dengan skor tanpa jaringan,

Sky Sports dalam artikelnya menulis: “Miss of the season?”

Ada juga yang menganggap ianya bukan setakat miss of the season tetapi miss of the century.

“Tak pernah tengok benda macam ni, Isaiah Jones, wow,” tulis peminat bernama Dan Grey di laman X.

The 92 Bible menulis: “Macamana Isaiah Jones boleh miss macam ni untuk Middlesbrough ketika menentang Huddersfield.”

Baca juga: VIDEO: Ahmed Rayan Melakukan Miss Of The Season Di Piala Super Mesir

Pemain Ceramica Cleopatra, Ahmed Rayan telah menutup tahun 2023 dengan miss of the season dalam liga bola sepak Mesir.

Ini selepas dia gagal menyempurnakan peluang gol terbuka ketika menentang Pyramids. Ianya hari yang benar benar untuk dia lupakan di dalam kariernya. Dan mungkin akan memberikan impak yang besar kepadanya selepas ini.

Ia adalah peluang untuk Ahmed Rayan menjadi wira pasukannya dalam aksi penentuan tempat ketiga bagi Piala Super Mesir.

Namun ini yang berlaku pada minit ke-64, ketika dia berpeluang untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Ramai peminat seolah olah tidak percaya dengan kegagalan tersebut yang dianggap sebagai benar benar mengejutkan dan memalukan.

Perlawanan berakhir dengan 1-1. Di mana Ahmed Kendouci meletakkan Ceramica di hadapan minit ke-70 perlawanan.

Namun mereka diikat oleh Pyramids dengan gol penyamaan minit ke-78 oleh Mostafa Fathi.

Jika anda rasa kegagalan Ahmed Rayan gagal menyempurnakan peluang gol dan kemudian pasukannya diikat selepas mendahului, sudah cukup malang. Anda silap.

Kerana mereka terus dirundung malang dalam penentuan penalti, di mana Ceramica Cleopatra kalah 4-5 kepada lawan mereka untuk terlepas peluang menduduki tangga ketiga.

Sementara itu Al Ahly bergelar juara Piala Super Mesir selepas menewaskan Modern Future dengan skor 4-2.

Al Ahly masih lagi pasukan yang sukar dicabar oleh mana mana kelab lain di Mesir selaku kelab yang paling berjaya di negara itu.