Pemain AS Monaco, Mohamed Camara menjadi pemain muslim terbaru di Ligue 1 yang dikenakan tindakan kerana pertahankan prinsip agamanya.
Minggu terakhir aksi Ligue 1 semua pemain dan pegawai pasukan diwajibkan memakai logo sokongan kepada golongan songsang.
Camara memutuskan untuk menampal simbol menyokong hubungan sesama jantina itu dengan pita pelekat.
Tindakan itu benar benar membuatkan Ligue 1 bengang dan pemain itu dikenakan tindakan.
Pemain itu berdepan dengan hukuman gantung 10 perlawanan. Dia juga akan berdepan hukuman didenda sehingga €50,000.
Kemaskini daripada Sky Sports melaporkan bahawa Camara akan digantung 4 perlawanan dengan denda yang tidak dinyatakan.
Sebelum ini beberapa pemain muslim di Ligue 1 meminta dikecualikan daripada tugasan pada minggu pelangi.
Antaranya Mostafa Mohamed yang sekali lagi meminta dikecualikan daripada aksi kerana enggan memakai jersi dengan simbol geng lawan pedang itu.
Tindakan Mostafa Mohamed itu mendapat kecaman daripada peminat di Perancis yang menuduhnya seorang yang h********.
Ini bukannya pertama kali pemain pemain muslim di Ligue 1 dipaksa untuk tidak mengamalkan ajaran agama mereka.
Sebelum ini Ligue 1 mengenakan larangan kepada pengadil untuk menghentikan seketika permainan untuk memberikan ruang pemain beragama Islam berbuka puasa.
Sedangkan liga ssperti EPL, Bundesliga dan Liga Belanda memberikan kebenaran malah garis panduan kepada pengadil untuk menghentikan seketika permainan dalam 3 ke 5 minit untuk pemain beragama Islam berbuka puasa dengan air dan kurma.