Bayern Munich dilihat sudah pasti akan terlepas kejuaraan Bundesliga musim ini. Dan ianya semakin hampir berlaku dengan secepat mungkin.
Minggu lalu, Bayern dikejutkan oleh Heidenheim selepas mereka mendahului dengan 2 gol.
Bayern mendahului dengan 2 gol pada separuh masa pertama. Namun melepaskan 3 bolos kepada pasukan di pertengahan liga itu.
Sekaligus membolehkan Bayer Leverkusen boleh bergelar juara Bundesliga pada minggu depan. Hanya 1 kemenangan yang memisahkan skuad Xabi Alonso itu daripada kejuaraan bersejarah kelab itu.
Selepas tamat aksi antara Bayern dan Heidenheim, satu detik yang mencuri perhatian adalah ketika pemain muda Bayern Mathys Tel mengajak pemain pemain lain menyantuni penyokong mereka di seksyen penyokong pelawat.
Namun pemain pemain Bayern yang lain terutama sekali pemain senior terus beredar masuk ke dalam bilik persalinan.
Terdapat juga pemain melakukannya sekejap sahaja, membuatkan Tel mahu rakan rakannya melakukannya dengan lebih lama.
Tel kemudian dilihat bercakap dengan Dayot Upamecano yang mengajaknya terus masuk ke bilik persalinan. Tel mempersoalkan tindakan pemain pemain lain yang seolah olah tidak menghormati penyokong yang meluangkan masa bertandang ke gelanggang lawan pada hari itu.
Mathys Tel cooked Upamecano and told him to go thank the fans 😭😭 pic.twitter.com/GRXyRXs1RH
— Bayern & Football (@MunichFanpage) April 7, 2024
Satu budaya di Jerman, apabila pasukan menang atau kalah, mereka akan pergi bersemuka dengan penyokong. Bagi pasukan yang kalah inilah masanya mereka cuba bercakap dengan penyokong.
Namun ianya tidak berlaku pada hari itu untuk Bayern. Membuatkan ramai penyokong mereka agak terkilan. Kerana mereka mahu memberikan kata kata semangat kepada Bayern sebelum aksi menentang Arsenal dalam Liga Juara Juara Eropah.
Peminat memberikan pujian kepada Mathys Tel yang dianggap membuktikan bahawa dia pemain yang memiliki karakter yang bagus.
Respect. Even at a young age he has the good head on his shoulder. Win or lose, has the fans in mind. That is how to bring a club together.
— Return to Form (@_returntoform) April 7, 2024
Bayern bakal terlepas kejuaraan Bundesliga pertama mereka selepas 11 tahun memenanginya secara berturut turut. Namun mereka masih bersaing dalam Liga Juara Juara Eropah.
Di mana Bayern menegaskan bahawa mereka fokus sepenuhnya dalam pertandingan eropah tersebut.
Awal musim ini Bayern turut terlepas Piala Super Jerman, kemudian disingkirkan pula dari DFB Pokkal oleh kelab divisyen bawahan beberapa bulan lalu.
Kempen yang penuh dengan liku di bawah Thomas Tuchel yang akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Kekalahan di tangan Heidenheim ini tidak mengganggu kedudukan Tuchel.
Kerana Bayern tidak akan memecat pengurus itu buat masa ini. Meskipun terdapat laporan menyatakan bahawa Tuchel masih boleh dipecat lebih awal jika keputusan di atas padang teruk.