Pemain Muda Greece Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung – Tiada Ambulans Dan Defibrillator Dalam Stadium

Seorang pemain di Greece meninggal dunia kerana serangan jantung ketika beraksi di atas padang. Pemain tersebut baru berusia 21 tahun iaitu Alexandros Lampis.

Lampis terkena serangan jantung hanya ketika perlawanan baru berusia 5 minit dalam aksi di antara Iloupoli – yang diwakilinya – menentang Ermionida. Aksi tersebut merupakan aksi divisyen ketiga di Greece.

Pemain muda itu gagal diselamatkan kerana kurangnya pelan kecemasan di dalam stadium. Tidak ada alat bantuan pernafasan ataupun defibrillator di dalam stadium tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, penganjur pertandingan tidak menyediakan ambulans di venue perlawanan. Dan ambulans hanya tiba kira kira 20 minit selepas Lampis menderita serangan jantung. Petugas kesihatan terus bertungkus lumus cuba menyelamatkan Lampis dengan CPR, defibrillator dan sebagainya.

Namun segalanya sudah terlambat. Kerana Alexandros Lampis sudah terlalu lama terbiar tanpa bantuan kecemasan yang lebih baik.

Berita tragis itu dikongsikan oleh Ilioupoli menerusi facebook mereka bertulis:

“Aleko kami, sahabat kami, adik kami, kamu meninggalkan kami dengan tidak adil sekali.”

“Satu pasukan, satu bandar ini berduka hari ini. Tiada kata yang mampu diucapkan… hanyalah rasa sakit dalam diri kami. Selamat berlayar ke Alecara.”

Insiden itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Kerana pemain tersebut tidak mendapat bantuan kecemasan yang sebaiknya. Sebagaimana yang berlaku ketika Christian Eriksen mengalami komplikasi yang sama ketika Euro 2020 yang lalu.

Sedangkan perlawanan tersebut masih di bawah seliaan persatuan bola sepak profesional di Greece. Mereka berharap perkara ini akan membuka mata semua pihak agar menyediakan pelan bantuan kecemasan yang sepatutnya untuk penganjuran acara seperti bola sepak yang berintensiti tinggi.

Misalnya sebelum ini, Eriksen mendapat bantuan awal daripada rakannya yang tahu selok belok bantuan menggosongkan ruang rongga udara pada mulutnya, mengelakkan lidahnya daripada menghalang saluran udara.

Doktor dan petugas kesihatan terus bergegas masuk untuk memberikan CPR. Eriken terus dikejarkan ke hospital.

Selepas beberapa bulan menjalani pemulihan, akhirnya Eriksen kembali semula ke padang.

Sebelum ini juga, Sergio Aguero mengalami kesukaran bernafas kerana kadar denyutan jantungnya yang tidak normal membuatkan dia sesak nafas di atas padang. Namun berbeza dengan Eriksen, Agueri terpaksa bersara daripada bola sepak atas nasihat doktor.

Baca yang lain