Pemain Naturalisasi China Ini Pulang Ke Brazil Kerana Guangzhou FC Tak Bayar Gaji

Langit tidak selalu cerah. Pemain Brazil yang sebelum ini menikmati gaji yang sangat tinggi di China iaitu Ricardo Goulart, sanggup menggadaikan kewarganegaraan Brazilnya demi wang.

Dia memohon untuk kerakyatan negara China untuk bermain di peringkat antarabangsa, terutama sekali kerana dia mahu bermain di Piala Dunia.

Memandangkan Brazil yang sarat dengan bintang. Agak mustahil untuk Goulart mendapat tempat di sana.

Goulart tidak pernah bermain secara kompetitif untuk Brazil. Walaupun mendapat kerakyatan China, namun Goulart tidak layak bermain untuk China, berdasarkan peraturan permastautinan 5 tahun.

Hal ini kerana pada 2019, Goulart bermain secara pinjaman bersama Palmeiras pada musim itu.

Goulart malah sudah memiliki nama China, Gao Late, hanya boleh bermain untuk China jika dia terus kekal di negara itu sehingga 2025.

Selepas gagal mendapatkan debut bersama skuad kebangsaaan China, pemain itu ada konflik dengan kelab Liga Super China iaitu Guangzhou FC.

Dan sekarang, Gao Late sudah sedia mengorbankan impiannya bermain bersama China di peringkat antarabangsa kerana masalah tak dibayar gaji. Dia sudah tidak sanggup lagi tinggal di negara itu dan cuba mencari kelab baharu di Liga Brazil.

Baru baru ini, Goulart telah membatalkan kontrak dengan kelab tersebut. Goulart kini mahu pulang ke kampung halamannya di Brazil dengan status sebagai pemegang kewarganegaraan China.

Goulart memenangi 3 Liga Super China bersama kelabnya. Pemain berusia 30 tahun itu juga memenangi Liga Juara Juara AFC bersama dengan Guangzhou FC.

Jika sebelum ini kelab kelab di CSL memiliki kekayaan sangat luar biasa. Namun kini banyak pasukan yang mulai terkesan dengan perbelanjaan yang hilang akal.

Krisis pandemik yang melanda memberikan impak besar kepada Guangzhou FC yang menjadi antara kelab berdepan krisis kewangan yang kritikal.

Pemilik kelab mereka, Evergrande, menjadi syarikat yang bergelut dengan beban hutang. Di mana Evergrande menjadi antara syarikat yang paling dibenci di China kerana banyak projek perumahan mereka terbengkalai.

Ramai pembeli menangis kerana rumah masih tidak dapat disiapkan dan dilihat mungkin tidak akan pernah duduk di rumah idaman mereka.

Kelab bola sepak milik Evergrande, iaitu Guangzhou FC juga terkesan. Mereka gagal membayar gaji pemain dan staf mereka. Membuatkan beberapa pemain membatalkan kontrak termasuk Goulart.

Goular berkata: “Pilihan terbaik untuk saya dan kelab ketika ini adalah penamatan kontrak atas persetujuan bersama,” kata pemain itu sebelum berlepas dari lapangan terbang Guangzhou Baiyun pada Jumaat bersama dengan keluarganya.

Pada September lalu, pemenangan Piala Dunia, Fabio Cannavaro meninggalkan Guangzhou FC, dengan membatalkan kontraknya selepas perlanggaran kontrak berlaku. Di mana kelab gagal membayar gajinya dalam beberapa bulan.

Sebelum ini beberapa pemain naturalisasi China dari Brazil iaitu Alan Carvalho, Elkeson dan Aloisio beraksi menentang Oman dan seri 1-1. Keputusan itu membuatkan China semakin sukar ke Piala Dunia.

Jurulatih, Li Tie dikritik hebat kerana menggantikan Aloisio pada separuh masa kedua. Tidak lama selepas itu, Oman menyamakan kedudukan.

China kini di kedudukan kelima dalam kumpulan B. Dengan hanya pasukan tempat pertama dan kedua akan mara ke Piala Dunia.

Secara matematiknya, mereka sudah gagal untuk ke Piala Dunia 2022, hanya keajaiban sahaja yang boleh membantu mereka.

China pernah beraksi di Piala Dunia pada 2002. Mereka kalah kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Berada di tangga tercorot dalam kumpulan, tanpa menjaringkan sebarang gol.

Baca yang lain