Pemain Otai Sepanyol Kutuk Brazil Sebagai ‘Tak Bermain Bola Sepak’ Untuk Mara Ke Final

Penyerang otai dari Sepanyol, Jenni Hermoso telah mengadu tentang sikap negatif dan suka melengahkan waktu permainan oleh Brazil ketika menentang juara dunia, Sepanyol.

Pasukan wanita Brazil itu berjaya menyekat dominasi Sepanyol dalam arena bola sepak tahun ini. Di mana skuad lelaki mereka cemerlang dengan kemenangan Euro. Pasukan remaja mereka turut bergelar juara, sementara skuad B-23 mereka menjadi finalis.

Menurut Hermoso, Brazil tidak menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi  dan lebih kepada cuba bermain dengan cara negatif untuk mara ke final acara bola sepak wanita di Paris 2024.

Paling menyedihkan Jenni Hermoso, pasukan yang tidak layak untuk bermain di final kerana ‘anti-football’, Brazil telah mara ke final sementara mereka pula terpaksa berebut pingat gangsa.

Kekalahan 4-2 kepada Brazil pada separuh akhir, yang menghalang penyandang juara dunia Sepanyol daripada mencabar emas Olimpik pertama mereka.

Dan ia jelas sekali menimbulkan kemarahan pemain nombor 10 Sepanyol, Jenni Hermoso, yang menghentam pasukan Brazil selepas perlawanan. Dia tidak dapat menerima kekalahan seperti itu.

“Mereka menjaringkan empat gol menentang anda daripada pasukan yang, bagi saya, tidak bermain bola sepak… Tetapi, pada akhirnya, apa yang penting ialah gol,” kata Hermoso kepada stesen radio Sepanyol Cadena Cope.

“Saya fikir ia adalah salah kami. Kami juga tidak bermain bola sepak kami. Saya menyukai separuh masa kedua kami, tetapi sukar dengan kedudukan 4-2 kepada lawan kami – tambah pemain berpengalaman, berusia 34 tahun.

Sebab utama kejengkelan Hermoso dengan permainan Brazil adalah, menurutnya, “suka membuang masa”.  Mereka mengkaji kita, mereka tahu cara untuk menyakiti kita, bermain di belakang kita dengan berkampung untuk bertahan.

“Bagi saya, ia bukan bola sepak. Saya tidak suka bola sepak ini,” jelas pemain veteran itu dalam analisis ringkasnya.

“Jelas sekali, mereka berjaya mendapatkan masa yang mereka mahukan, mereka membuat anda kehilangan masa, dan bagi mereka, itu berbaloi. Mereka berada di final, dan kami akan merebut gangsa,” kata pemain Sepanyol itu lagi.

Amerika Syarikat adalah juara terbanyak sukan itu dalam acara wanita dan bersaing untuk pingat emas buat kali ketujuh dalam lapan edisi sukan itu di Sukan Olimpik.

Brazil pula sedang mencari emas pertamanya, tetapi berada di final ketiga, ketiga-tiganya menentang Amerika Syarikat.

Brazil dan Amerika Syarikat akan bertemu satu sama lain pada hari Sabtu depan di stadium Parc des Princes di Paris. Perlawanan pingat gangsa akan dimainkan pada hari Jumaat antara Jerman dan Sepanyol.

Peminat segera mengkritik Jenni Hermoso sebagai jenis tak boleh menerima kekalahan. Dan mereka menunjukkan sikap jelek pemain veteran itu yang tidak dapat menerima kekalahan di tangan England sebelum ini.

Di mana Jenni Hermoso dilihat telah mengangkat jari tengah kepada lawannya. Hermoso dianggap seorang yang mudah koyak.

Komennya ke atas Brazil dianggap tidak meraikan semangat olimpik itu sendiri yang seharusnya saling hormat menghormati.

Peminat turut mengejek pasukan Sepanyol yang menurut Hermoso ‘terpaling bermain bola sepak’. Di mana mereka melakukan banyak kesilapan mudah termasuk yang ini:

Jadi tidak hairanlah peminat Brazil kini berharap Jerman akan menang gangsa dan mereka mahu lihat apa pula komen Hermoso selepas ini.

Brazil merupakan negara bola sepak yang hebat. Dan mereka mahu memastikan skuad Olimpik wanita mereka berjaya mencipta sejarah dengan kemenangan emas di Paris 2024. Tetapi mereka juga sedar bahawa lawan mereka adalah ‘heavyweight’ dalam acara tersebut iaitu Amerika Syarikat, walaupun pasukan lelaki Amerika Syarikat selalu menjadi mangsa kecaman rakyat mereka, namun skuad wanita mereka adalah berbeza.