Ana Maria Markovic, sering digelar sebagai pemain bola sepak tercantik di dunia, telah berikrar untuk meneruskan karier bermainnya daripada memilih untuk menjadi model atau buat benda lain yang hanya menjual kencantikan.
Pada hari ini, ramai atlet menggunakan kecantikan malah gambar yang kurang senonoh untuk menjana wang menerusi platform tertentu.
Markovic lebih selesa untuk tidak berbuat begitu. Kalau pun dia membuka akaun di platform seperti itu, dia akan menjadikan bola sepak sebagai bahannya.
Markovic memiliki rupa yang mempesonakan dan sering mengikuti pertunjukan peragaan sebagai sumber pendapatan sampingan. Bagaimanapun, dia menolak cakap-cakap tentang dia menukar kerjaya bola sepaknya untuk kerja peragaan sepenuh masa dalam masa terdekat.
Memandangkan daya tarikannya, pemain hadapan itu boleh mendapatkan beberapa tawaran wang besar dalam dunia peragaab. Bagaimanapun, dia lebih berpuas hati untuk meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak.
Beliau kini mewakili kelab Switzerland Grasshopper di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan Croatia di peringkat antarabangsa. Semasa bercakap dengan saluran media Jerman, 20min, inilah yang Markovic nyatakan:
“Saya lebih suka mendapatkan lebih banyak wang dengan apa yang saya suka: bola sepak.”
Swiss club Grasshopper star Ana Maria Markovic recently said that she is a huge fan of Manchester United superstar Cristiano Ronaldo. https://t.co/OUXVtjblt5
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) September 28, 2022
“Saya suka artikel yang menggelarkan saya sebagai pemain bola sepak paling cantik atau salah satu yang paling cantik kerana ia membuatkan saya gembira mendengar bahawa saya cantik.”
“Tetapi kemudian artikel akhbar muncul di mana saya digambarkan sebagai pemain bola sepak paling seksi. Saya tidak suka itu. Juga kerana keluarga saya kurang selesa.”
Dia menambah: “Saya fikir anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda tulis tentang orang. Terutama jika anda mempunyai orang yang tidak tahu. Tetapi secara keseluruhan ia tidaklah teruk.”
Semasa dia dilahirkan di Croatia, Ana Maria Markovic berpindah ke Switzerland bersama keluarganya pada usia yang masih muda. Walaupun begitu, dia memutuskan untuk mewakili negara asalnya di peringkat antarabangsa sebagai pemain profesional.
Soccer Is Life: Ana Maria Markovic Won't Quit The Sport To Make More Money Modeling And That's A Promise https://t.co/m3DCw2lN2C pic.twitter.com/dSWnu87wnq
— Barstool Sports (@barstoolsports) September 27, 2022
Memandangkan Ana Maria Markovic dilahirkan di Croatia dan mewakili pasukan kebangsaan wanita mereka, ia tidak sepatutnya mengejutkan bahawa dia mengidolakan rakan senegaranya, Luka Modric.
Dia berkata: “Modric sememangnya contoh yang bagus untuk saya. Dia adalah pemain bola sepak berkelas dunia dan mewakili Croatia.”
Bagaimanapun, dia memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain diminatinya. Dia menambah: “Tetapi pemain kegemaran mutlak saya ialah Cristiano Ronaldo kerana dia sangat berdisiplin. Saya fikir adalah sangat penting untuk anda memberikan yang terbaik dalam sukan dan mempunyai pemikiran yang baik seperti dia.”
Modric mempunyai kerjaya legenda, bermain dengan kelab seperti Tottenham Hotspur dan Real Madrid. Dia telah memenangi lima trofi Liga Juara-Juara Eropah di peringkat kelab.
Pemain tengah veteran itu turut membawa negaranya ke final Piala Dunia FIFA 2018. Modric juga memenangi anugerah FIFA Ballon d’Or untuk prestasi cemerlangnya pada 2018. Yang ketika itu memecahkan duopoli Ronaldo dan Messi.
Ronaldo juga telah memenangi lima trofi Liga Juara-Juara dan telah memecahkan beberapa rekod. Dia adalah kunci kejayaan Portugal di Euro 2016 dan telah memenangi lima anugerah Ballon d’Or.