Pemain Perancis Diserang Dengan Ejekan Rasis Termasuk Hugo LLoris Sekali

Pemain pemain berdarah Afrika dalam pasukan Perancis menjadi subjek ejekan rasis daripada peminat yang tidak bertanggungjawab.

2 pemain muda mereka, Randal Kolo Muani dan Aurelien Tchouameni menyahaktifkan seketika instagram mereka selepas menerima kecaman rasis.

Kolo Muani tampil cemerlang ketika dimasukkan, namun dia mempersiakan beberapa peluang gol yang dia dapat.

Antaranya dia gagal menanduk bola hantaran Mbappe kepadanya. Dan kemudian dia gagal menyempurnakan situasi 1 lawan 1 dengan Emi Martinez.

Aurelien Tchouameni pula dikecam kerana gagal dalam tugasan penaltinya.

Bukan mereka berdua sahaja, pemain seperti Kingsley Coman turut diejek teruk di instagram beliau.

Ramai yang pelik dengan peminat Perancis yang bertindak rasis dengan pemain berdarah Afrika. Sedangkan pasukan mereka boleh dikatakan  90% bergantung kepada kekuatan pemain pemain berdarah Afrika.

Pada 2018, dan 1998, mereka menjadi juara dunia sebab pemain dari keturunan Afrika juga.

Pada tahun lalu, Kylian Mbappe menyatakan dia sangat tertekan dengan ejekan berbaur perkauman ke atasnya dan mempertimbangkan untuk bersara muda daripada bola sepak antarabangsa. ini selepas

Lloris turut kena panahan rasis

Selain itu, Hugo Lloris turut menjadi subjek kecaman rasis daripada peminat berkulit hitam.

Ramai memberikan komen dengan menulis ‘sale blanc’ ataupun ‘dirty white’ yang seringkali digunakan sebagai stereotaip kebencian kepada orang kulit putih.

Hugo Lloris gagal menyelamatkan mana mana penalti dalam penentuan penalti antaran Perancis dan Argentina.

Selain itu, Lloris juga gagal untuk menghalang gol Lionel Messi ketika Argentina kembali medahului selepas Mbappe menyamakan kedudukan dengan dua gol.

Mujur Mbappe selepas itu mengikat kembali Argentina.

Peminat Perancis berkulit hitam termasuk dari Afrika menuduh Lloris sebagai punca kenapa kebangkitan yang dicetuskan pemain berdarah Afrika hancur.

Sebelum itu, Didier Deschamps memasukkan Randal Kolo Muani, Kingsley Coman dan juga Marcus Thuram.

3 pemain yang menjadi gamechanger untuk pasukan Perancis.

Lloris dianggap tidak layak berada dalam pasukan Perancis yang ternyata dipenuhi bakat bakat dari keturunan Afrika.

Ada yang berharap Perancis selepas ini menurunkan penjaga gol berkulit hitam bukannya Lloris.

Baca yang lain