Diogo Dalot menyatakan bahawa semua pemain Portugal mahu melihat Cristiano Ronaldo menjulang Piala Dunia.
Piala Dunia 2026 adalah peluang terakhir Ronaldo untuk cuba memenanginya bersama skuad kebangsaaan. Sebelum ini dia mengetuai Portugal menjuarai Euro dan juga Piala Negara Eropah.
Terdapat spekulasi buruk dan khabar angin menyatakan ada segelintir pemain Portugal tidak selesa dengan kehadiran Abang Do dalam skuad mereka. Kerana dianggap memberikan dilema kepada pengurus.
Namun kenyataan itu disanggah Dalot. Yang menyatakan bahawa semua pemain Portugal mahu membantu Ronaldo menjulang Piala Dunia.
Dalot berkata: “Semua pemain Portugal mahu melihat Ronaldo menjulang Piala Dunia. Ianya akan menjadi kisah yang sangat indah.
“Ianya satu penghormatan untuk terus memiliki kelibatnya dalam skuad kebangsaan. Untuk dia berkongsi momen dan menikmati pengalaman dalam kariernya.
“Semangat seperti ini yang membuatkan kita semua mahu melihat dia menang pertandingan besar untuk Portugal.
“Rasa cintanya kepada negara ini yang dia tunjukkan sepanjang karier, tak usah dipersoalkan lagi. Bagi kami semua, kami menjadikan itu sebagai contoh. Ianya akan menjadi kisah yang sangat indah untuk melihat dia memenangi sebanyak mungkin piala major untuk Portugal. Dan saya percaya semua pemain lain mahukannya.”
A trabalhar para alcançar o nosso primeiro objetivo! ❤️🔥🇵🇹 #FazHistória | @UEFAEURO pic.twitter.com/HWNaS8c9Nh
— Portugal (@selecaoportugal) March 18, 2025
Cristiano Ronaldo sebelum ini pernah mempertimbangkan untuk bersara. Namun selepas berjumpa dengan Roberto Martinez, dia diberitahu bahawa dia masih penting untuk skuad kebangsaan.
Lalu Ronaldo setuju untuk melanjutkan lagi kariernya bersama Portugal.
Ronaldo memiliki 5 Ballon d’Or dalam kariernya. Dan jika dia berjaya memenangi Piala Dunia, ia akan menguatkan lagi statusnya sebagai GOAT terutama sekali di kalangan peminatnya.