Pemain Pro Wanita Ini Dipuji Layan Abang Terpaling Golf

Seorang pemain gol profesional wanita, Georgia Ball menuai pujian ketika dia mengendalikan seorang lelaki yang menyekolahkannya cara melakukan pukulan swing.

Georgia merakam aksi dia melakukan swing di sebuah pusat riadah golf. Dan selepas dia membuat satu pukulan, dia dihampiri oleh seorang abang yang datang mengajarnya cara yang betul melakukan pukulan dengan betul.

Lelaki itu berkata: “Excuse me cik, apa yang cik buat tu ye? Salah tu.

“Cik terlalu perlahan la semasa swing kayu golf dan menghayun ke bawah.”

Menariknya Georgia melayan lelaki itu dengan sopan dan berkata dia akan menukar corak pukulannya.

Sambil lelaki itu berkata: “Bukan apa la ekk, saya ni dah main golf 20 tahun.”

Peminat setia Georgia memuji gaya wanita itu melayan abang itu tanpa membuat muka annoying atau memberitahu sebenarnya dia seorang pro.

Ada juga yang menegaskan mereka tak tahan melihat video itu dan nak tergelak.

Yang lain berkata: “Bang kau main 20 tahun, tapi dia pro player bang dan pernah sertai pertandingan PGA.”

Kemudian ada yang mengusik meminta Ball melantik lelaki itu jadi jurulatih baharunya. Kerana dia nampak lebih tahu.

Seterusnya ada juga memuji ibu bapa Georgia yang dianggap sudah mendidik anak mereka dengan baik.