Pemain PUBG Tumbuk Kawan Ketika Live Streaming

Panas baran ketika bermain game adalah perkara yang tidak sihat di kalangan Gamers.

Mengawal badan ketika bermain game adalah salah satu perkara yang sangat penting. Tak kira korang bermain permainan apa sekalipun.

Di Vietnam, seorang atlet eSukan profesional yang bermain untuk Box Gaming, telah menumbuk kawannya ketika live streaming.

Louis dan Pimay seperti biasa, bermain PUBG Mobile.

Dan ketika keadaan menjadi panas, Louis yang merupakan kapten Box Gaming – pasukan eSukan pro di Vietnam – gagal mengawal kemarahannya dan melepaskannya pada Pimay.

Louis pergi ke arah Pimay dan memberikan rakannya itu penumbuk.

Box Gaming telah mengeluarkan kenyataan serta merta di atas apa berlaku. Dan mereka menyalahkan Louis di atas kegagalannya mengawal diri serta bertindak dan agresif.

“Kelab ini sangat tidak menyokong kelakuan seperti ini dan tindakan disiplin secara dalaman diambil oleh Box.”

“Louis akan digantung daripada jawatan kapten buat masa ini, untuk berlapang dada dan apa definisi sebenar seorang anggota pasukan dan sebagai ketua.”

Louis kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Pimay dan juga dia atas kelakuannya.

Louis berkata: “Pertama sekali saya mahu meminta maaf kepada Pimay. Situasi baru baru ini adalah kerana saya tak boleh mengawal emosi saya, menyebabkan insiden yang tak memberikan manfaat.”

“Sebaik sahaja selepas saya menenangkan diri, saya sedar kesilapan saya. Saya melihat kembali diri saya.”

“Saya akan menebus kesilapan saya,bukan sahaja kepada Pimay tetapi kepada seluruh audien yang kami sayangi.”

Dengan PUBG Mobile yang masih menjadi game paling berpengaruh di Asia Tenggara, Box Gaming mahu memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Dunia 20202 di mana mereka menduduki tangga keempat.

Bos Gaming membawa pulang wang tunai bernilai $40,000.

Berikut adalah kedudukan Liga Dunia PUBG Mobile Zon Timur

#1 Bigetron RA – 287 points (113 kills)

#2 Orange Rock – 278 points (111 kills)

#3 RRQ Athena – 276 points (101 kills)

#4 Box Gaming – 270 points (118 kills)

#5 U Level Up Esports – 256 points (92 kills)

#6 TSM-Entity – 237 points (112 kills)

#7 T1 – 223 points (89 kills)

#8 Valdus The Murder – 205 points (93 kills)

#9 TeamIND – 202 points (90 kills)

#10 MegaStars – 188 points (69 kills)

#11 SynerGE – 177 points (61 kills)

#12 King of Gamers Club – 169 points (61 kills)

#13 Reject Scarlet – 165 points (65 kills)

#14 GXR Celtz – 152 points (53 kills)

#15 Team Secret – 150 points (63 kills)

#16 Yoodo Gank – 142 points (46 kills)

Baca yang lain