Pemain Real Madrid Terkejut Beruk Melihat Eden Hazard Dah Kurus

Eden Hazard dilaporkan membuat kejutan luar biasa kepada rakan rakannya. Biasa, waktu pra musim adalah waktu di mana Hazard akan menambah berat badannya.

Dan kemudian dia akan mengurangkannya segera sebelum musim bermula. Namun sejak tiba di Real Madrid, Hazard bergelut dengan ‘permainan’ berat badan itu, tidak seperti di Chelsea.

Beliau berdepan dengan masalah berat badang sepanjang musim. Keadaan diburukkan lagi dengan kecederaan yang membuatkan Hazard mengambil beberapa suntikan dan ubatan yang menyukarkan beliau mengurangkan berat badan.

Sebelum ini, Hazard mengakui beliau sangat sukar mengawal tabiat pemakanannya pada musim lockdown dan seringkali ke dapur untuk mencari makanan.

Kegagalan mendapatkan berat badan unggul membuatkan Hazard bergelut dengan prestasi di atas padang.

Namun terbaru, laporan oleh koresponden Edu Aguire menggambarkan bahawa Hazard kini memiliki kekurusan yang menejutkan ramai.

Rakan rakan sepasukannya di Real Madrid seolah olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Mereka takjub dengan bentuk badan Eden Hazard.

Ini memberikan bayangan bahawa Eden Hazard sudah sedia untuk menggegar dan kembali ke prestasi terbaiknya. Sejak tiba di Real Madrid, Eden Hazard masih gagal menepati harapan semua pihak kepadanya selepas berpindah dengan harga lebih EUR120 juta ke Real Madrid.

Malah ketika tiba, perkara pertama diarahkan Zidane kepadanya adalah untuk membuang lebihan berat badan yang ada padanya.

Nilai pasaran Eden Hazard dilaporkan merudum teruk selepas pemain itu gagal menunjukkan prestasi cemerlangnya di Bernabeu.

Malah nilai perpindahan itu adalah yang paling rendah sejak 2013. Ini selepas Hazard lebih banyak cerita kecederaan, masalah berat badan, prestasi tak konsisten dan sebagainya — berbanding dengan kisah kecemerlangannya di atas padang.

Beliau hanya menyumbang 7 assist dan 4 gol sejak bersama dengan Real Madrid.

Pakar penilai pasaran bola sepak, Transfermarkt mengemaskini nilai Eden Hazard kepada hanya £34.3 juta sahaja. Nilai itu sangat jauh daripada £102 juta yang dibayar Real Madrid kepada Chelsea.

Ketika di Chelsea, nilai Eden Hazard pernah mencecah £150 juta ketika peak beliau.

Baca yang lain