Seorang pemain remaja berusia 16 tahun, Declan McDonald yang bermain untuk AC Rovers disahkan lumpuh setelah dia patah tulang tengkuknya.
Ianya berlaku selepas pemain muda itu terjatuh di atas padang dengan lehernya patah, ketika aksi menentang EK Burgh pada Sabtu lalu.
Declan McDonald ketika itu cuba merebut bola di udara. Dan dia tidak menyangka bahawa kemalangan seperti itu berlaku.
Dia segera dikejarkan ke hospital di Utara Lanarkshire. Doktor mengambil masa 10 jam untuk melakukan pembedahan.
Keluarga Declan McDonald dikejutkan dengan berita bahawa pemain itu lumpuh. Dan hampir sahaja kehilangan nyawanya.
AC Rovers berkongsi tentang khabar duka itu menerusi Facebook rasmi pasukan itu: “Declan mengalami kecederaan patah tengkuk.
“Pagi ini, dia melalui pembedahan tengkuknya selama 10 jam. Dan kini difahamkan, prognosis semasa tentang kecederaan Declan, dia kemungkinan besar tidak boleh berjalan lagi buat selamanya.
“Kami berharap proses rehabilitasi dan fisioterapi akan mengambilan beberapa deria dan keupayaan lengan dan tangannya.
“Kami akan mengemaskini lebih informasi jika ada selepas ini. Kelab cuma meminta kamu semua mengingati Declan dalam doa kamu untuk menempuhi minggu minggu dan bulan bulan mendatang di mana dia akan meneruskan rehabilitiasinya.
“Terima kasih kepada semua yang berhubung dengan kami setakat ini. Di mana pihak keluarga, jurualtihnya, dan rakan sepasukannya, semua terkesan dengan situasi ini.”
Ayah tiri Declan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama termasuk ibu bapa, dan staf pasukan lawan yang membantu untuk menguruskan anaknya ke hospital.
Satu tabung kutipan derma dibuat oleh rakan sepasukannya dan setakat ini sudah mengumpul lebih £30,000. Kelab kelab sekitar kawasan turut menyumbang kepada tabung tersebut.
Di media sosial ramai tergamam dengan berita itu. Ia dianggap berita buruk yang kita semua tak mahu dengar melibatkan seorang remaja 16 tahun di mana perjalanan hidupnya masih panjang lagi.
Mereka juga tidak henti henti mendoakan Declan. Meminta ibu bapa pemain itu percaya bahawa keajaiban itu ada. Dan mungkin ia akan berlaku pada Declan.