Arsenal kini semakin berpeluang untuk mendapatkan Victor Gyokeres selepas kelab itu setuju untuk melepaskan pemain itu dengan klausa pelepasan cuma €65 juta.
Harga itu dianggap mampu milik untuk pemain pada kualiti premium seperti Gyokeres.
Gyokeres sebelum ini dikaitkan dengan reunion dengan Ruben Amorim di Manchester United. Namun United berdepan dengan situasi genting dari segi FFP jika mereka gagal ke UCL musim hadapan.
United perlu menjual dahulu sebelum membeli Gyokeres. Jadi, Ruben Amorim ketika ini masih bertenang tentang perpindahan pemain.
Arsenal nak beli Gyokeres
Arsenal dikaitkan dengan Gyokeres sejak bulan lalu. Ini selepas laporan mendakwa kelab London itu sudah cuba berunding sendiri dengan pemain tersebut.
Do you want to see Viktor Gyokeres in an Arsenal shirt? 🤔 pic.twitter.com/5GJHRJeFWs
— AFTV (@AFTVMedia) April 22, 2025
Mikel Arteta pastinya menyesal tidak menandatangani sebarang penyerang berkelas dunia musim ini, membuatkan mereka terlepas peluang terbaik untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.
Pemain tersebut antara pembelian terbaik untuk Sporting dalam beberapa tahun ini. Sudah mencetak 95 gol dalam 101 penampilan untuk kelab portugal tersebut.
Gyokeres scoring 95 goals for Sporting is incredible
Arsenal need to sign him 🇸🇪 pic.twitter.com/tqBEkOiE6H
— Holls (@HollsFc) May 17, 2025
Dia juga sudah mencetak 39 gol dalam 34 penampilan dalam Liga Portugal musim ini. Fabrizio Romano mendedahkan bahawa kelabnya, sudah sedia untuk kehilangan pemain tersebut pada musim panas ini.
Kelab gembira dengan komitmen Gyokeres yang menolak perpindahan ke kelab lain sebelum ini terutama sekali pada Januari.
Ini kerana kelab ketika itu belum bersedia kehilangan pemain penting tersebut. Gyokeres terus komited dan memberikan aksi terbaik di atas padang.
🚨🦁 39 goals in 34 games in Portuguese league this season for Viktor Gyökeres, winning the title once again with Sporting.
…and now preparing his exit with £60m move expected to happen this summer. pic.twitter.com/5X802QyKq2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 17, 2025
Jadi jika pemain itu mahu angkat kaki musim panas ini, kelab akan berbesar hati untuk melepaskannya. Terutama sekali apabila ada tawaran daripada kelab besar.
Buat masa ini Arsenal menjadi pasukan yang dikatakan mendahului persaingan mendapatkkan tandatangan Gyokeres.