Pemain Senior Man United Hilang Sokongan Kepada Ten Hag

Erik ten Hag ketika ini dilaporkan berdepan dengan masalah pemberontakan bilik persalinan dengan beberapa pemain senior Manchester United dikatakan kecewa dan tidak berpuas hati dengan nasib mereka sekarang, lapor Mirror.

Manchester United sudah tewas 10 perlawanan musim ini, dengan Anthony Martial turut bertengkar dengan Ten Hag semasa kekalahan Sabtu kepada Newcastle dan Marcus Rashford turut kelihatan tidak berpuas hati ketika dikeluarkan.

Ten Hag dikatakan tidak gembira dengan prestasi Rashford yang dianggap malas berlari dalam perlawanan itu. Alasan yang sama kenapa dia memarahi Martial kerana pemain itu dituduh malas berlari untuk track back pemain lawan.

Dengan Raphael Varane diketepikan daripada kesebelasan utama dan Jadon Sancho diketepikan sepenuhnya, Ten Hag sedang berjuang untuk mengekalkan kuasanya di bilik persalinan Man United.

Kini dia juga berdepan dengan jadual yang lebih gila. di mana United berdepan Chelsea, Bayern Munich dan Liverpool dalam beberapa aksi seterusnya mereka.

The Mirror menegaskan, Sancho terus berlatih sendirian, seperti yang dilakukannya sejak tiga bulan lalu, sejak mempertikaikan alasan Ten Hag mengetepikan dia daripada skuad yang tewas 3-1 di Arsenal pada 3 September.

Walaupun disingkirkan daripda pasukan utama untuk berlatih di kemudahan Akademi, Sancho dikatakan telah mengekalkan kecergasannya dan “berlatih seperti binatang” menurut satu sumber, dengan beberapa rakan sepasukannya mahu melihat dia kembali semula ke dalam pasukan.

Ten Hag telah menegaskan Sancho boleh menyertai semula skuad sebaik sahaja dia meminta maaf, sesuatu yang enggan dilakukan oleh bintang England itu, percaya dia berhak mempertahankan dirinya selepas komen pengurusnya.

Kini pemain pemain United jelas tidak berpuas hati dengan cara Ten Hag melayan Jadon Sancho.

Kaveh Solhekol pula menyatakan bahawa Ten Hag telah hilang kawalan sebanyak 50% daripada bilik persalinannya.

Ada pemain yang tidak berpuas hati dengan taktikal dan corak latihannya. Latihan Ten Hag dianggap terlalu keras dengan terlalu banyak larian. Mereka juga keliru kenapa mereka perlu berlari dengan terlalu banyak kerana tidak nampak panduan yang jelas tentang taktikalnya.

Mereka tidak gembira dengan personaliti Ten Hag yang dianggap agak terlalu ‘robotik’ dan kurang budi bicara sebagai manusia. Pemain pemain United menganggap pengurus mereka itu kuku besi dan gila kuasa.

Gary Neville menulis Tweet yang menyindiri bahawa sejarah lama bakal berulang kembali.

Pemain pemain United ini memang ada reputasi menentang pengurus mereka. Beberapa tahun lalu, Roy Keane sudah menjangkakan bahawa pemain pemain United yang akan melakukan perkara yang sama mereka lakukan ke atas Mourinho kepada Ole.

Keane ketika itu berkata: “Pemain pemain ini yang menghumban Mourinho keluar dari bas. Dan mereka akan lakukan perkara yang sama kepada Ole.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai