Manchester United kini perlu membuat keputusan tentang Manuel Ugarte untuk memuktamadkan perjanjian.
United dan Ugarte sudah mencapai kesepakatan terma peribadi dengan Man United. Tetapi kelab masih perlu memuktamadkan harga dan persetujuan perpindahan pemain tersebut.
Ugarte dilaporkan benar benar berminat untuk menyertai Manchester United. Dan pemain itu tidak kisah untuk tidak bermain di UCL demi Man United.
PSG dilaporkan meminta £59 juta untuk Ugarte daripada United. Ugarte berada di bawah ejen yang sama dengan Leny Yoro.
PSG sebelum ini membeli Ugarte dari Sporting Lisbon dengan nilai £42 juta. United masih berusaha untuk menjual Scott McTominay dan Casemiro untuk membolehkan mereka mendapatkan Ugarte sebagai pemain tengah baharu mereka.
Rundingan antara United dan PSG untuk Ugarte masih di peringkat awal pada masa ini. Pemain berusia 23 tahun itu juga dipantau oleh Bayern Munich.
Ugarte adalah pemain tengah yang progresif yang dianggap boleh menjadi penyelesaian kepada isu taktikal di bahagian tengah. Musim lalu United bergantung kepada McTominay yang banyak mencetak gol penting sebagai pemain tengah.
Sementara itu Casemiro memang sudah berada dalam senarai untuk dijual Ten Hag sejak musim lalu lagi. Cuma kelab tidak dapat mencari pembeli pada masa itu. Prestasi kurang memuaskan Casemiro musim lalu juga membuatkan pemain itu semakin ditunjukkan pintu keluar oleh United.
Tetapi ianya bukan mudah kerana gaji Casemiro yang agak tinggi. Man United perlu mencari kelab yang setuju membayar angka yang sama atau mereka menampung sebahagian gaji itu untuk baki kontrak yang dia ada sekarang, jika mereka gagal memujuk Casemiro untuk menerima pengurangan gaji.
Man United sebelum ini sudah berjaya mendapatkan Joshua Zirkzee dan juga Leny Yoro. INEOS menjadi tunjang kepada perpindahan pemain United pada kali ini.