Pemain Tercantik Dunia Berterima Kasih Kepada Ronaldo Ketika Dapat Panggilan Kebangsaan Sulungnya

Ana Maria Markovic, digelar sebagai ‘pemain bola sepak tercantik di dunia pada ketika ini telah mendapat panggilan antarabangsa pada tahun lalu.

Namun apa yang menarik, dalam wawancaranya dengan wartawa, dia telah memuji Cristiano Ronaldo atas pencapaiannya itu.

Ana Markovic berterima kasih kepada Ronaldo kerana pemain itu secara tidak langsung telah membantunya mencapai cita citanya untuk menjadi pemain kebangsaan negaranya.

Bintang Grasshopper itu dibesarkan di Switzerland tetapi mewakili Croatia, malangnya dia tidak akan terlibat dalam Euro 2022 akan datang kerana Croatia gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.

Tetapi pemain berusia 22 tahun itu masih bersyukur kerana dia berpeluang membuat penampilan sulung antarabangsanya yang pertama.

Bercakap kepada 20 minit, Markovic juga turut menyebut pemain tengah Croatia, Luka Modric.

Dia berkata: “[Luka] Modric sememangnya contoh yang bagus untuk saya. Dia adalah pemain bola sepak bertaraf dunia dan mewakili Croatia.”

“Terdapat ramai pemain yang bagus dalam kalangan wanita, seperti [Ramona] Bachmann.”

Ana Maria Markovic kemudian menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai inspirasinya. Dia meniru apa yang dilakukan oleh Ronaldo untuk berjaya dalam bola sepak.

Memang mustahil untuk meniru semua rutin Ronaldo. Namun Ana menjadikan Ronaldo sebagai contoh dan teladan dari segi disiplin. Sentiasa berlatih bersungguh sungguh dan memberikan yang terbaik ketika di atas padang.

Menurut Ana Markovic lagi, amat penting untuk seseorang pemain bola sepak memiliki pemikiran seperti Ronaldo.

“Pemain kegemaran saya, tanpa ragu lagi, ialah Cristiano Ronaldo. Apa yang dia lakukan dan terus melakukannya sepanjang karier bola sepaknya, adalah luar biasa dan tidak ada bandingannya..”

“Saya menyukai Cristiano Ronaldo kerana dia sangat berdisiplin. Saya fikir adalah sangat penting untuk anda memberikan yang terbaik dalam sukan dan mempunyai pemikiran yang baik seperti dia,” tegas Ana Markovic.

Sejak dia menjadikan Ronaldo sebagai sumber inspirasinya, Ana Maria Markovic banyak meningkat naik. Dan akhirnya menjadi pemain kebangsaan. Maka tak hairanlah dia berterima kasih kepada idolanya itu.

Dan sejak penampilan sulungnya, dia telah membuat lima penampilan untuk negaranya dan menjaringkan gol pertamanya di pentas antarabangsa pada November menentang Moldova.

Markovic juga menyatakan bahawa dia berbesar hatri apabila dia dilabel sebagai ‘cantik’ tetapi tidak suka dipanggil ‘seksi’.

Cantik adalah satu pujian, sementara seksi pula lebih kepada satu penghinaan kepadanya. Dia bermain bola sepak bukan untuk menarik perhatian lelaki atas dasar nafsu.

Dia berkata: “Saya suka artikel yang memanggil saya pemain bola sepak paling cantik atau salah satu yang paling cantik kerana ia membuatkan saya gembira mendengar bahawa saya cantik.”

“Tetapi kemudian ada satu artikel akhbar muncul di mana saya digambarkan sebagai pemain bola sepak paling seksi. Saya tidak suka dengan gelar seperti itu.”

Dia jelas sekali tidak gembira dengan apa yang ditulis tabloid tersebut dan mahukan kesedaran dunia tentang perkara itu.

Kerjaya Markovic bermula dengan FC Zurich, tetapi dia gagal membuat penampilan tunggal untuk kelab Switzerland itu, akibatnya, dia berpindah ke Grasshopper pada 2020. Sejak berpindah, dia kini telah mencatatkan 40 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan lima gol.

Tidak hairanlah pemain seperti Ronaldo akan mempunyai ramai orang yang mengaguminya dan berharap mereka boleh merasai sedikit kerjaya sepertinya.

Walaupun pasukan United mempunyai salah satu musim terburuk dalam sejarah kelab yang kaya. Ronaldo masih berjaya menjaringkan 24 gol dalam 37 penampilan di semua pertandingan. Memperolehinya tempat dalam Pasukan Terbaik Liga Perdana PFA pada usianya 37 tahun.

Ronaldo akan berharap nasib pasukannya akan berubah pada musim baharu di bawah bimbingan bos baharu, Erik ten Hag.

Dia turut meminta peminat Man United memberikan ruang dan peluang sebaiknya kepada Ten Hag untuk mengubah Man United daripada pasukan yang serba serbi bermasalah kepada pasukan yang gah seperti dulu, sekali lagi,

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.