Pemain asal Turki, Aykut Demir telah menimbulkan kontroversi apabila menolak untuk memakai t-shirt dengan tulisan solidariti buat Ukraine.
Dalam aksi pada Ahad lalu, Aykut Demir dilihat menjadi satu satunya pemain tidak memakai t-shirt khas solidariti buat Ukraine itu.”
Pemain tersebut menyatakan dia ada alasan tersendiri untuk tidak berbuat demikian. Demir merupakan kapten kepada kelab Erzurumspor yang bermain di Liga Divisyen kedua di Turki.
Dia menjadi satu satunya pemain yang tidak memakai t-shirt dengan mesej : No To War dalam kekalahan 0-1 mereka di tangan Ankaragucu pada Ahad.
Ramai peminat yang marah dengan tindakannya kerana dianggap tidak mahu mempromosikan semangat keamanan kepada dunia. Peminat di Turki sendiri marah dengan tindakan itu kerana mereka menganggap Turki seharusnya menyokong Ukraine sebagai satu Eropah.
Salah seorang peminat bola sepak Turki meminta UEFA dan FIFA segera bertindak dan membatalkan lesen pemain profesional yang dimiliki oleh Aykut. Kerana menurutnya Aykut tidak layak menerimanya.
@FIFAcom @UEFAcom
Dear Federations!
Please cancel the licence of player called "Aykut Demir" captain of ErzurumSpor FC in the Turkish Football League. He does not deserve it as he refuse to wear the shirt dening the war in Ukraine.https://t.co/icoQKZuX6P— Tulga Eren (@TulgaEren) February 27, 2022
Aykut Demir is aligned with the Naqshbandi spiritual order of Sunni Islam Sufism, he refused to wear a No War T-shirt, but when he left Trabzonspor, he asked for compensation with exchange rate difference and interest… pic.twitter.com/jJML7Fc3d1
— Riza Seref 🇺🇦 Слава Україні! (@RizaSeref) February 27, 2022
Ada yang kehairanan, bagaimana seorang atlet boleh menolak untuk memakai baju No To War?
Bir sporcu 'Savaşa Hayır' tişörtü giymeyi neden istemez ki? Bu nasıl biri böyle?
Muhammet Aykut Demir, Hollanda doğumlu Türk futbolcudur. 1. Lig ekiplerinden B.B.Erzurumspor'da oynamakta ve üstelik takım kaptanı. pic.twitter.com/3P02yVrblm
— ꓓⲉⲙⳑi (@TheDemli) February 27, 2022
Aykut Demir akhirnya tampil dengan penjelasannya. Di mana pemain yang lahir di Belanda dan bermain untuk pasukan kebangsaan Turki itu mempersoalkan layanan double standard dalam perkara tersebut.
Menurut Aykut Demir, selama ini, ada ramai pemain yang didenda kerana membawa mesej yang serupa dengan t-shirt mereka. Cuma solidariti itu adalah untuk negara bukan Eropah iaitu negara negara di Timur Tengah.
Selain itu ada ramai pemain dikenakan hukuman kerana menyokong keamanan di Gaza dan bersolidariti untuk Palestine. Antara pemain yang pernah dikenakan tindakan termasuk Kanoute.
Demir menyatakan dia melihat ada double standard dalam solidariti kemanusiaan melibatkan negara Eropah dan negara di Timur Tengah misalnya. Oleh sebab itu dia menganggap tindakan memakai t-shirt solidariti itu sebagai hipokrit dan tidak adil.
Beliau berkata: “Beribu ribu orang mati setiap hari di Timur Tengah. Saya pun berada sedih dan berkongsi kesedihan dirasai oleh orang yang tak berdosa.”
“Mereka yang menutup mata ke atas pembantaian [di Timur Tengah] sekarang ini melakukan perkara seperti ini [solidariti] apabila melibatkan Eropah.”
“Saya tidak mahu memakai t-shirt tersebut kerana ianya tidak dibuat untuk negara negara yang lain.”
Mesut Ozil pernah dikenakan tindakan kerana mahukan dunia bersolidariti untuk etnik Uighur di China. Ozil malah kehilangan tajaan besar termasuk dari Adidas.
Seterusnya Granit Xhaka dan rakan rakannya pernah didenda kerana solidariti untuk Albania. UEFA dan FIFA menyatakan bahawa mereka membawa mesej politik ke atas padang.
When Xhaka and Shaqiri celebrated with a symbol of their flag and ethnicity – UEFA decided to drop the book on their heads with fines because “football isn’t supposed to be political”🤔 Today UEFA banned every single Russian club. What happened to football not being political🧐 pic.twitter.com/EYoaSLbiqn
— 🗡🇦🇱raki babi🇦🇱🗡 (⚖️,⚽️) (@notchamPAINpapi) February 28, 2022
Selain itu, penyokong Celtic beberapa kali didenda kerana solidariti buat Palestine.
UEFA dan FIFA kini sedang mengenakan tekanan ke atas bola sepak Rusia. Di mana Spartak Moscow rasminya ditendang daripada UEL hanya kerana dasar negara mereka di bawah Putin.
Ramai yang kurang setuju dengan tindakan itu kerana seharusnya bola sepak itu tidak patut dicampur adukkan dengan politik.
Spartak Moscow menganggap keputusan itu sebagai kejam dan mengecewakan. Mereka berpendapat bahawa bola sepak seharusnya bermatlamat untuk menjadi talian perhubungan yang boleh mengeratkan.
Dalam kenyataannya, Spartak Moscow berkata: “Keputusan untuk menyingkirkan kami daripada Liga Europa adalah mengecewakan. ”
“Kami percaya sukan, walaupun dalam detik paling sukar sekalipun, ianya harus mensasarkan untuk membina jambatan dan membakarnya [ketidakharmornian].”
“Kami akan fokus kepada pertandingan pertandingan domestik dan berharap keamanan yang diperlukan semua manusia akan dicapai segera.”
Full statement:https://t.co/QcT9DGe2r1
— FC Spartak Moscow (@fcsm_eng) February 28, 2022