Pemain Vietna, Van Truong mengingatkan Indonesia bahawa pasukan itu tidak boleh bermain main dengan VAR.
Aksi antara Vietnam dan Indonesia akan berlangsung esok. Perseteruan di antara kedua dua negara sangat kuat sejak akhir akhir ini.
Di mana seringkali berlaku aksi panas dalam pertemuan kedua dua pasukan.
Kedua dua pasukan tewas dalam aksi pembukaan. Indonesia tewas 1-3 di tangan Iraq. Sementara Vietnam meraih banyak pujian walaupun tewas 2-4 di tangan Jepun.
Sebelum ini Troussier mensasarkan Indonesia sebagai lubuk 3 mata untuk pasukannya dalam usaha mereka mahu mara ke kalah mati.
Indonesia hadir dengan status pasukan rangking paling rendah dalam kumpulan D.
Jadi, aksi kali ini ibarat final kepada kedua dua pasukan. Ini apabila Indonesia juga beranggapan bahawa kemenangan ke atas Vietnam sasaran lebih realistik berbanding 2 lagi lawan mereka.
Van Truong memberitahu wartawan bahawa ketua jurulatih Vietnam, Phillipe Troussier sangat bangga dengan aksi Vietnam walaupun tewas di tangan Jepun.
“Setelah tamat aksi lawan Jepun, coach, cukup bangga dengan persembahan yang baik kami tampilkan. Pengajaran terbesar yang saya pelajari daripada aksi menentang Jepun, apabila menentang lawan lebih besar, kamu harus berani melawan mereka.
Van Truong menjelaskan bahawa aksi menentang Indonesia sebagai: “Sudah pasti itu aksi wajib menang.”
Sambil memberikan amaran kepada pemain pemain Indonesia agar tidak cuba cuba melakukan konfrontasi dan provokasi melampau di atas padang. Hal ini kerana kali ini VAR sudah ada dalam pentas Piala Asia.
“Selepas ini aksi menentang Indonesia. Dan mereka tidak boleh membuat perkara yang tidak sepatutnya kerana Piala Asia kali ini sudah ada VAR,” jelas Van Truong.
Dalam aksi pertama, peminat Indonesia kecewa dengan VAR yang didakwa tersilap memberikan salah satu gol Iraq dalam perlawanan itu. Di mana jurulatih Shin Tae Yong turut membantah keputusan pengadil kerana baginya gol itu tak sah kerana ada pemain ofsaid.
PSSI dilaporkan sudah mengajukan bantaran rasmi ke atas perkara itu.