Pemain Wolves Risau Kalau Lopetegui Letak Jawatan Kerana Kena ‘Game’ Dengan Pemilik

Julen Lopetegui dilaporkan telah berperang dengan pengurusan tertinggi termasuk pemilik kelab.

Ini selepas dia tidak diberikan dana yang dia mahukan untuk mendapatkan pemain dia mahukan.

Lopetegui dikatakan sudah mahu menamatkan kontraknya lebih awal di Wolves.

Sebelum ini Lopetegui menurutui kehendak kelab untuk menjual Ruben Neves ke kelab Arab Saudi. Dia pastinya mengharapkan ada pengganti untuk pemain itu.

Malangnya pengurusan tertinggi lebih sibuk mencari penaja berbanding dengan mencari pemain yang berkualiti untuknya.

Daily Mail melaporkan, pemain pemain Wolves sangat risau kalau Lopetegui meletak jawatan atau dia mungkin dipecat.

Ini selepas baru baru ini dia dikatakan terpaksa menunda jam latihan pasukan untuk gegar pejabat pemilik kelab dulu.

Lopetegui membantu Wolves menghindari zon penyingkiran musim lalu dengan set pemain yang dia miliki pada masa itu.

Wolves menabur janji manis bahawa kelab akan membantunya dalam jendela perpindahan jika kelab itu kekal di EPL.

Wolves telah menjual beberapa pemain dan meraih £91 juta daripada penjualan tersebut. Hanya 2 pemain yang dibawa masuk secara percuma iaitu matt Doherty dan Tom King.

Membuatkan Lopetegui benar benar meletus marah kerana dia menunggu ada pemain baharu dibawa masuk dari senarai panjang dia berikan kepada kelab.

Wolves dianggap bermain wayang sebelum ini apabila meminta Lopetegui menyenaraikan pemain dia mahukan untuk dibida dan dipertimbangkan.

Dia mahu menggunakan ‘kabel’ yang dia ada di Sepanyol untuk membantunya dalam mencari bakat pada harga yang mampu milik.

Namun senarai itu ternyata sia sia. Kerana ada beberapa pemain dalam senarai itu sudah menjadi milik kelab lain.

Wolves sebelum ini menjadikan alasan FFP sebagai masalah utama kelab. Namun dengan hasil jualan pemain yang ada, pastinya Lopetegui berharap ada 2 atau 3 pemain dibawa masuk.

Pengurusan tertinggi Wolves dikatakan terkejut dengan Lopetegui yang dianggap terlalu cepat melenting. Dan mereka sudah menyenaraikan nama Gary O Neil sebagai calon pengganti Lopetegui.

Lopetegui malah tidak takut untuk dipecat atau keluar lebih awal daripada kelab itu.

Bukan sahaja pemain Wolves yang risau akan kehilangan pengurus berkarisma itu. Penyokong Wolves sendiri rata rata menganggap bahawa perkembangan ini benar benar meresahkan mereka.

Kerana Lopetegui dianggap pengurus yang sangat baik. Kalau tidak, dia tak akan pernah bertugas sebagai pengurus kebangsaan Sepanyol dan Real Madrid sebelum ini.