Pemain Yang Diundi Messi Dan Ronaldo Dalam FIFA Best Dan Ballon D’Or Didedahkan

Cristiano Ronaldo memilih Lionel Messi untuk pertama kalinya tahun ini, mengakhiri trend panjang untuk tidak mengundi pemain itu ketika anugerah individu.

Seperti yang terungkap di laman web rasmi FIFA, Ronaldo meletakkan seteru sekian lama beliau, Messi berada di kedudukan kedua di belakang Pemenang Pemain Lelaki FIFA terbaik Robert Lewandowski dan di hadapan PSG Kylian Mbappe.

Tetapi setelah memberikan undian kepada Ronaldo dalam dua  anugerah sebelum ini, Messi musim ini memutuskan untuk tidak mengundi superstar Juventus dan Portugal itu dalam edisi kali ini.

Walaubagaimanapun, kita dapat tahu bahawa kedua dua pemain pernah mengundi satu sama lain di dalam karier mereka. Walaupun seringkali dianggap bermusuh di dalam dan di luar padang.

Itu tidak berlaku, kerana sebelum ini kedua dua pemain menyatakan permusuhan mereka hanya di atas padang.

Ronaldo malah pernah berharap beliau akan dapat meluangkan masa makan malam dengan Lionel Messi suatu hari nanti.

Messi mendedahkan bahawa perseteruan beliau dengan Ronaldo telah membantu mereka berdua terus meningkatkan keupayaan diri sendiri.

Berikut adalah senarai undian Lionel Messi:

Ballon d’Or:

2010: Tidak mengundi
2011: Xavi, Iniesta, Aguero
2012: Iniesta, Xavi, Aguero
2013: Iniesta, Xavi, Neymar
2014: Di Maria, Iniesta, Mascherano
2015: Suarez, Neymar, Iniesta

FIFA Best:

2016: Suarez, Neymar, Iniesta
2017: Suarez, Iniesta, Neymar
2018: Modric, Mbappe, Ronaldo
2019: Mane, Ronaldo, De Jong
2020: Neymar, Mbappe, Lewandowski

Dan berikut adalah undian daripada Cristiano Ronaldo:

Ballon d’Or:

2010: Xavi, Casillas, Sneijder
2011: Tidak mengundi
2012: Tidak mengundi
2013: Falcao, Bale, Ozil
2014: Ramos, Bale, Benzema
2015: Benzema James, Bale

FIFA Best:

2016: Bale, Modric, Ramos
2017: Modric, Ramos, Marcelo
2018: Varane, Modric, Griezmann
2019: De Ligt, De Jong, Mbappe
2020: Lewandowski, Messi, Mbappe

Bagi anugerah musim ini, pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski menewaskan kedua dua pemain yang mendominasi anugerah itu, Messi dan Ronaldo.

Lewandowski menjaringkan 55 gol musim lalu dalam semua pertandingan untuk membantu Bayern memenangi treble.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.