Pemain Yang Lincah di Padang & Bijak Dalam Pelajaran

Sudah menjadi taboo dalam pemikiran masyarakat bahawa pemain bola sepak biasanya datang dari latar belakang mereka yang kurang dari sudut pelajaran.

Namun terdapat beberapa pemain yang membuktikan bahawa mereka bukan hanya lincah di padang namun turut bijak dalam pelajaran.

Giorgio Chiellini

Pemain pertahanan Juventus ini dikenali sebagai pemain yang agresif di atas padang. Mempunyai ketangkasan mematahkan serangan lawan, tidak mudah bagi pemain penyerang melepasi kawalan beliau.

Kini merupakan kapten The Old Lady dan Itali, beliau telah merangkul pelbagai kejuaraan antaranya 8 Serie A dan 4 Coppa Italia. Turut membantu Juventus layak dalam 2 final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan final Euro 2012 bersama Itali.

Beliau adalah pemegang Master dalam subjek pentadbiran perniagaan di Unversiti Turin pada tahun 2017.

Beliau menekankan betapa pentingnya kelayakan akademik dalam bagi pemain professional. Ini kerana kehidupan pemain bola sepak tidak lama dan tidak semua bekas pemain berjaya meneruskan karier dalam bidang bola sepak.

Juan Mata

Kreatif, licik dan hantaran tepat yang padu merupakan antara kelebihan yang dimiliki oleh pemain berbangsa Sepanyol ini.

Bekas pemenang pemain terbaik tahunan Chelsea sebanyak dua kali ini pernah memenangi kejuaraan UCL ketika bermain di London dan Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol.

Juan Mata merupakan pemegang Ijazah bagi 2 kursus, Sains Sukan dan Pemasaran dari Universiti Camilo Jose Cela di Madrid. Ya adik-adik, 2 ijazah dimiliki oleh pemain bertubuh kecil ini.

Andrei Arshavin

Arshavin mula dikenali setelah membawa Rusia layak ke peringkat separuh akhir di Euro 2008. Aksi meyakinkan di Austria telah meletakkan beliau di dalam Team of The Tournament disamping David Villa, Carles Puyol dan Xavi.

Beliau memegang Ijazah dalam bidang fesyen. Arshavin adalah antara pereka fesyen yang disegani di Rusia. Kini dalam proses menamatkan Master pula dalam bidang yang sama.

Arshavin juga pernah mengeluarkan buku bertajuk: “555 Questions and Answers on Women, Money, Politics and Football“.

Frank Lampard

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea ini mempunyai kepintaran dalam membuat hantaran tepat dan mencari ruang untuk menjaringkan gol. Beliau juga antara pemain yang mempunyai kepintaran dalam pelajaran.

Bekas pemain Manchester City ini adalah pemegang Ijazah dalam Bahasa Latin. Merupakan alumni di Sekolah Brentwood, antara sekolah berprestasi tinggi di England. Beliau menamatkan pelajarannya dengan mendapat 11GCSEs, lulus cemerlang.

Maka tidak peliklah rakan sekelas memanggil Super Frank dengan gelaran professor.

Socrates

Lagenda Brazil ini merupakan pemain berskil tinggi yang bermain di posisi tengah. Dikenali dengan gaya jambang dan headband ketika zaman permainannya, beliau turut disenaraikan dalam 100 pemain terbaik abad ke-20 oleh Pele.

Socrates menamatkan pengajian dalam bidang perubatan semasa karier bermainnya dan mempraktikkan ilmu perubatan setelah bersara dari bolasepak. Beliau turut melengkapkan PhD nya selepas itu.

Rumusan

Jelaslah bahawa bola sepak bukan penghalang bagi seseorang itu untuk berjaya dalam pelajaran. Anak-anak yang mengimpikan untuk menjadi pemain professional perlu dibimbing agar dalam mengimbangi masa antara bola sepak dan pelajaran.

Tiada alasan untuk gagal dalam pelajaran hanya kerana ingin fokus dalam bola sepak. Tiada.

Jadi kepada adik-adik, selamat kembali ke sekolah!

Baca yang lain