Pemandu Preve Mabuk Seret Motosikal 1km Sudah Ditahan

Seorang pemandu mabuk ditahan di George Town. Ini selepas dia menyeret sebuah motosikal dikatakan sekitar 1 km sehingga keluar api.

Video 3 minit tersebut tular semalam. Polis bertindak segera untuk menjejak pemandu tersebut.

OCPD George Town, Asst Comm Soffian Santong menyatakan bahawa insiden itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi semalam.

Punyalah dia mabuk sampai tak sedar keretanya menyeret motosikal. Pemandu berusia 53 tahun itu hanya berhenti selepas ada orang yang menyedarkan di tentang apa yang berlaku.

Dia sedang memandu dari Jalan Gurdwara ke Jalan Sungai Pinang. Namun ketika mula bergerak, keretanya telah menyeret motosikal yang diletakkan di parkir.

Tiada kecederaan dilaporkan di dalam insiden tersebut.

ACP Soffian mengesahkan pemandu itu sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Hasil ujian mendapati dia positif alkohol.

Kes disiasat di bawak seksyen 45A(1) akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sudah banyak kes pemandu mabuk ni menyusahkan orang.

 

Baca yang lain