Pembelian Braithwaite, Buatkan Rivaldo Kritik Pengurusan Bartomeu Yang Semakin Menyimpang

Legenda Barcelona jelas sekali tak gembira dengan deal yang melibatkakan Martin Braithwaite.

Beliau menganggap tindakan Barcelona yang diketuai Josep Maria Bartomeu sekali ini tidak menggambarkan Barcelona yang sebenar.

Dan Rivaldo berterus terang menyatakan beliau tak sukakannya. Bukan tak sukakan pemain itu, tetapi kecewa dengan Barcelona yang membeli pemain tersebut.

Rivaldo: Kenapa tak bagi peluang kepada La Masia?

Rivaldo kini merupakan duta kepadada Betfair, menganggap, krisis  kecederaan yang melanda Barcelona pada hari ini adalah peluang untuk pemain muda daripada La Masia dibawa masuk.

Itu yang biasanya dilakukan oleh Barcelona. Di mana dari dahulu kelab itu akan cuba mencari peluang terbaik untuk mendedahkan bakat muda mereka.

Namun sudah beberapa tahun kebelakangan ini di bawah pengurusan Bartomeu, graduan dan para pemain La Masia semakin jauh daripada pasukan utama, berbanding dengan dahulu.

Hampir setiap musim Barcelona berbelanja sehingga beratus juta untuk pemain baharu, dan meminggirkan La Masia.

Malah sebelum ini ada keluhan menyatakan ramai pemain La Masia pada hari ini mulai ragu dengan peluang mereka untuk menyarung jersi Barcelona

Rivaldo berkata: Jujurnya saya tak setuju dengan pembelian ini dan saya tak faham kenapa ia dilakukan.”

“Ada beberapa alasan saya tak gemarkan Barcelona membeli pemain ini. Pertamanya, Barcelona membeli pemain di luar jendela perpindahan.”

“Sedangkan Barcelona seharusnya menyerap masuk pemain dari La Masia untuk keadaan seperti ini.”

“Dan juga, pasukan Barcelona sudah mulai menunjukkan peningkatan. Dan saya tak nampak ada alasan yang menunjukkan kita sangat terdesak mahukan pemain.”

“Dengan segala hormat kepada Braithwaite, saya juga mempersoalkan adakah beliau pemain yang sesuai dengan Barcelona sekarang ini?”

“Saya lebih memikirkan, memberikan lebih peluang kepada para pemain muda untuk meningkat naik.”

“Seterusnya, Barcelona membeli pemain daripada kelab yang cuba mengelak zon penyingkiran. Leganes pastinya akan mengalami ‘damage’ kerana perkara ini.”

Barcelona aktifkan pembelian darurat

Barcelona kehilangan Ousmane Dembele lebih enam bulan. Alasan ini digunakan Barcelona untuk mendapatkan pemain dengan klausa pembelian darurat / kecemasan.

Di mana La Liga membenarkan pasukan yang sah hilang pemain lebih enam bulan untuk menggantikan mereka dengan pemain baharu.

Dan pemain itu perlulah dibeli dari kalangan pasukan La Liga sahaja.

Malang sekali, Leganes pula dihalang untuk menggantikan Braithwaite kerana tidak ada pemain yang cedera panjang.

Barcelona membayar klausa pelepasan sekitar €18 juta untuk pemain dari Denmark itu. Dan kemudiannya memasukkan klausa pelepasan €300 juta.

Braithwaite sangat gembira dengan perpindahan yang dianggapnya perpindahan impian yang menjadi nyata.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari