Pembelian Panik Koronavirus Di AS, Ramai Beratur Beli Senapang

Semalam saya ada menulis tentang pembelian panik di Belanda, di mana ada segelintir rakyatnya pergi membeli ganja sebelum perintah berkurung.

Di mana ramai mereka beratur panjang di luar kedai-kedai yang menjual ganja

Perintah Lockdown, Orang Panik Beli Keperluan, Namun Di Belanda Beratur Beli Ganja

Namun begitu di Amerika Syarikat pula lain, apabila terdapat ramai yang beratur untuk membeli senjata api.

Menurut laporan US Today, oleh kerana penjualan di atas talian adalah terhad, maka mereka perlu untuk pergi ke kedai sendiri untuk membeli senjata api.

Semuanya kerana panik dengan wabak coronavirus. Pada Ahad lalu ramai yang sudah beratur panjang di hadapan kedai sebelum ianya dibuka. Dah macam orang yang beratur menunggu iPhone baru dijual.

USA Today juga melaporkan bahawa ramai yang mahu melindungi diri mereka daripada situasi yang lebih buruk.

Di Amerika Syarikat ketika ini terdapat 69 kes kematian kerana koronavirus. Angka sebenar kematian mungkin lebih tinggi

Oleh kerana kerisauan terhadap koronavirus beberapa buah bandar dan juga kawasan telah mengarahkan sekolah serta beberapa premis ditutup.

Jadi apa kaitan nya dengan membeli senjata api?

Menurut Ralph Charette, situasi semasa ini dikhuatiri akan menyebabkan berlaku kes rompakan dan samun di rumah mereka.

Ramai yang mungkin akan cuba untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan lain. Ianya dianggap worst case scenario

Ralph menegaskan bahawa beliau mengambil langkah berjaga-jaga selepas melihat sikap orang Amerika Syarikat yang sangat agresif ketika membeli keperluan harian termasuk sayur sayuran di pasar raya.

Ralph Charette, 71, sanggup membayar $1,500 (RM6,000) untuk membeli senjata api darinkeda Germantown, Wisconsin.

Beliau berkata: “Ada banyak kemungkinan yang tidak dapat dijangka akan berlaku kerana sikap paranoid. jadi lebih baik bersedia untuk melindungi diri sendiri lebih awal.”

Wabak kerana virus ketika ini telah menjangkiti lebih 170 ribu orang. Pada ketika ini lebih 6,500 kematian. Ianya adalah wabak yang mulai tersebar dari Wuhan, China.

Walaubagaimanapun ramai juga yang kecewa apabila mereka tidak dapat membeli senjata. Ini kerana peniaga-peniaga di California misalnya, tidak mahu menjual kepada orang Asia walaupun mereka ada kerakyatan Amerika Syarikat.

David Liu sangat kecewa dan menganggap ianya tidak masuk akal.

Liu menambah: “Orang Asia membeli senjata api kerana mereka takut dijadikan sasaran.”

Seorang lagi tauke kedai senjata api, Dennis Lin, pemilik Gun Effects dan Cloud Nine Fishing di California juga menyatakan kekecewaannya ke atas perkara itu.

Lin berkata: “Ini adalah diskriminasi. Kita semua terlupa bahawa kita semua adalah manusia. Kita sekarang ini berada di Amerika bukannya di China.”

Bukan semua yang beratur panjang di hadapan kedai. Ramai juga yang dapat membeli pengerusi sistem pembelian atas talian. Ammo.com melaporkan bahawa mereka berjaya menerima permintaan yang meningkat sehingga 68% pada pertengahan Februari – awal Mac.