Pembukaan SUKMA 2024: Tak Perlu Agenda Woke Atau Hina Agama Lain, Paris Diminta Belajar Daripada Sarawak

Peminat sukan Malaysia memuji majlis pembukaan SUKMA (Sukan Malaysia) di Kuching Sarawak, dan membandingkannya dengan upacara pembukaan Sukan Olimpik di Paris.

Netizen rata rata lebih suka dengan pembukaan SUKMA berbanding Olimpik yang sarat dengan agenda woke yang cuba meracuni pemikiran terutama generasi muda, kanak kanak untuk menormalisasikan banyak perkara yang bertentangan dengan adab ketimuran.

Seterusnya, pembukaan Olimpik Paris turut menerima kecaman daripada ramai pihak termasuk kerajaan China yang menggantikannya dengan footage alternatif kerana menurut kerajaan China, pembukaan Paris 2024 penuh dengan agenda woke dan menghina agama lain.

Pentadbir laman X Astro Arena turut meminta Paris 2024 belajar daripada Sarawak 2024.

Daripada sibuk mengajar orang tentang cara hidup, SUKMA 2024 pula mengketengahkan budaya masyarakat tempatan di Sarawak dan kemudian meraikan semangat kesukanan. Itu yang Paris tidak buat.

Upacaranya lebih ringkas berbanding Paris 2024 yang menelan kos puluhan juta. Bayangkan nak bersihkan Sungai Seine yang dianggap antara sungai terkotor di Eropah itu, kerajaan membelanjakan lebih €7 juta. Membuatkan rakyat Perancis mempersoalkan tindakan kerajaan kerana mereka harus fokus untuk isu berkaitan dengan kawalan keselamatan dan kebajikan lain berbanding dengan Sungai Seine.

Oleh sebab itu presiden dan menteri mereka sanggup terjun dan berenang di sungai itu untuk membuktikan bahawa sungai itu benar benar dan bersih.

Di media sosial rata rata peminat lebih menikmati upacara pembukaan SUKMA di Sarawak. Yang menurut mereka β€˜W’ serba serbi berbanding Paris 2024, termasuk maskotnya yang comel.

Baca Juga: Provokatif, Penuh Agenda Woke Dan Hina Agama Lain, China Haramkan Tayangan Upacara Pembukaan Olimpik 2024

China telah mengharamkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris daripada ditayangkan di negaranya. Dan rakyatnya diingatkan agar tidak sesekali berkongsi konten memaparkan upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024, di Paris.

Kerajaan China malah menayangkan video yang sudah disunting untuk upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 untuk tayangan di stesen tv kebangsaan mereka CCTV, kerana melihat aturcara yang disediakan dianggap tidak sesuai dengan tontonan rakyatnya.

Ternyata pemerintah China menganggap tindakan mereka tepat. Kerana acara pembukaan Paris 2024 sarat dengan agenda Woke yang bertentangan dengan usaha China mahu memperkasakan semula budaya mereka.

Sebelum ini kerajaan China melarang sama sekali rakyatnya mengikut agenda woke seperti menyokong pelangi. Oleh sebab itu setiap stesen tv dan penerbit drama dan filem diberikan amaran agar hero dari kalangan pelakon lelaki China tidak boleh beperwatakan lembut atau mengenakan mekap seperti perempuan.

China turut mengharamkan tayangan atau gambar artis lelaki yang bersolek atau seperti perempuan.

Kemudian China menggesa pelakon pelakon lelaki mereka agar maskulin dan nampak lebih macho.

Upacara pembukaan Paris 2024 dianggap benar benar bertentangan dengan polisi kerajaan China yang mahu memperkasakan budaya mereka.

Seterusnya, China juga kecewa kerana ada unsur unsur penghinaan ke atas agama Kristian dan Buddha dalam upacara pembukaan tersebut.

Ketika ada yang mempersoalkan, bagaimana ianya boleh menyinggung perasaan penganut Buddha? Seorang netizen China menjawab, kerana mereka yang beragama Buddha sentiasa mengajar anak anak mereka tentang kemanusiaan dan rasa hormat kepada orang lain.

Dan tindakan penganjur menayangkan agenda woke seperti ini kepada kanak kanak bawah umur adalah perkara yang dianggap sangat jahat.

https://twitter.com/jacksonhinklle/status/1817260830641045630

Di mana persembahan pembukaan menampilkan gimik β€˜The Last Supper’ yang mendapat kritikan ramai pihak kerana ianya sindiran kepada gereja Kristian yang seringkali lantang menentang agenda woke dan lg+++ ini.

Presiden IOC, Thomas Bach kemudian meminta maaf kerana gimik tersebut telah menyinggung perasaan ramai pihak.

Bagi China, upacara pembukaan kali ini sarat dengan motif provokatif. Jadi mereka telah mengharamkan ianya daripada ditayang semula atau dikongsikan di media sosial negara itu.