Pemburu Influencer Ini Dibaham Abang Singa Yang Dibunuhnya Ketika Live IG

John Lennon pernah mengingatkan manusia agar tidak berbuat jahat kerana karma segera boleh datang kepada kamu.

Itu yang berlalu di Afrika Selatan. Apabila seorang pemburu yang berstatus influencer di Instagram telah diterkam singa sehingga mati.

Pemburu tersebut selalu memuat naik konten secara langsung aktiviti memburu dan menayangkan hasil buruannya kepada para pengikutnya.

Namun pada hari itu ajal menemuinya. Ketika dia bersama seorang wanita yang juga pemburu, sedang bergambar dengan singa yang mati diburu mereka telah diterkam singa yang lain.

Singa tersebut dipercayai abang kepada singa yang mereka bunuh itu.

Lelaki itu kedengaran menjerit kesakitan sebelum menemui ajalnya disiat siat singa tersebut dengan giginya yang tajam.

Akhbar River City melaporkan bahawa serangan singa itu membuatkan mayat lelaki itu hancur teruk sehingga tidak dikenali rupanya.

Ketika dia meninggal dunia di tempat kejadian, Instagramnya terus bersiaran langsung dan para pengikutnya mulai tak keruan mahu tahu nasibnya.

Kisahnya terus viral teruk di media sosial dan menarik perhatian ramai termasuk bekas petarung UFC, Jake Shields.

Shields tak simpati dengan kematian lelaki itu malah seolah olah berkata padan muka kamu.

Shields berkata: “Dia telah membunuh haiwan tanpa sebab sesuka hatinya. Jadi saya berpihak kepada haiwan tersebut.”

Seorang lagi pengguna Twitter yang sudah lama mengikuti kegiatan tidak bermoral lelaki itu iaitu, Steve Mellow mendedahkan bahawa lelaki itu mendapat $70-80,000 jika berjaya memburu dan membunuh seekor singa.

Pendapatan itu adalah hasil jualan daging singa itu sendiri dan kemudian wang sumbangan daripada pengikutnya yang menggemari konten seperti itu.

Masyarakat setempat di Afrika Selatan, ramai yang suka makan daging singa yang dianggap eksklusif.

Mellow juga menyatakan bahawa dia ada teori bahawa singa di kawasan tersebut sudah ‘marking’ ataupun mengkehendaki lelaki tersebut kerana mereka pernah melihat rakan rakan mereka yang lain dibunuhnya.

Ianya adalah naluri haiwan itu.

Ramai netizen turut kurang simpati dengan kematian pemburuan tersebut kerana mereka beranggapan ianya kematian yang dia sendiri cari.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.