Semalam UFC mengumumkan bahawa pertandingan UFC249 akan tetap diteruskan walaupun tempoh hari terpaksa ditunda.
Dana White sudah mengesahkan bahawa pertarungan tersebut akan dilangsungkan di VyStar Veterans Memorial Arena di Jacksonville, Florida.
Dana White tampil dalam Instagram Live bersama wartawa ESPN, Brett Okamoto.
Dana White berjaya, pertarungan di antara Feeguson-Gaethje bakal menjadi pertarungan yang berdarah.
UFC president @danawhite says the #UFC249 main event winner will “100 percent” fight Khabib next 🏆 (via @bokamotoESPN) pic.twitter.com/oh4E6W88BB
— ESPN MMA (@espnmma) April 25, 2020
“Pertarungan Ferguson-Gaethje akan menjadi pertarungan yang paling ganas anda pernah saksikan. Itu saya boleh jamin.”
“Kedua dua mereka ada gaya tersendiri ketika bertarung di dalam gelanggang. Pertarungan itu akan menjadi luar biasa.”
“Pertarungan ini akan menjadi pertarungan ganas yang sukar anda percayai. Ianya akan menjadi pertarungan yang sangat hebat. Dua petarung yang berada di prestasi terbaik.”
Beliau kemudian mengesahkan bahawa pemenang akan berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov untuk perebutan kejuaraan lightweight sebenar.
“Jadi, pemenang akan berhadapan dengan Khabib untuk bengkung kejuaraan.”
Dana White sebelum ini melucutkan gelaran daripada Khabib Nurmagomedov selepas petarung dari Rusia itu menarik diri.
Beliau kemudian menawarkan tempat kepada Justin Gaetjhe bagi berdepan dengan Tony Ferguson untuk bergelar juara interim.
Pertarungan di antara Tony Ferguson dengan Justin Gaetjhe akan berlangsung pada 9 Mei hadapan.