Laporan oleh Barca Universal menyebut bahawa pemergian Ilkay Gundogan masih tidak cukup untuk membantu kelab itu mendaftarkan Dani Olmo.
Di mana mereka masih perlu mengurangkan lagi gaji pemain mereka. Caranya pastilah dengan menjual pemain lagi untuk menampung kos itu. Kerana sebelum ini Barca memang sudah beberapa kali berunding mengurangkan gaji pemain sedia ada.
Kemudian gaji gaji pemain yang menyertai mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini adalah sudah rendah. Selain daripada kenaikan pangkat pemain La Masia yang tidak menelan kos gaji tinggi.
Musim lalu pemain seperti Gavi dikembalikan semula ke kontrak pemain pembangunan kerana dia tidak boleh didaftarkan sebagai pemain dengan kontrak baharu sebab isu had gaji.
Sebelum ini Dani Olmo tidak ada disertakan di dalam pasukan yang bermain pada aksi pertama liga Sepanyol musim 2024/25. Tetapi ketika itu pengurus mereka, Hansi Flick menegaskan bahawa pemain itu tidak dapat terlibat kerana masalah kecergasan.
Dia enggan mengulas laporan beberapa media yang menyatakan bahawa Dani Olmo tidak dapat didaftarkan lagi.
Tetapi Relevo menegaskan bahawa Dani Olmo tidak dapat daftarkan oleh Barcelona setelah dia dibeli dari RB Leipzig. Kes hampir sama dengan Jules Kounde musim lalu. Yang terpaksa disisihkan daripada aksi awal musim kerana tidak dapat didaftarkan.
Gundogan antara nama yang didesak oleh pengurusan barcelona untuk dikeluarkan daripada daftar pemain. Ini untuk membolehkan mereka mengosongkan gaji pemain tersebut yang sangat mahal.
Gundogan ternyata masih sayangkan Barcelona dia menerima hakikat bahawa kelab tersebut terpaksa untuk berbuat demikian. Laporan menyatakan bahawa Gundogan sangat profesional dan gentleman, dan dia tidak seperti Frenkie De Jong.
Pemergian Gundogan bermakna Barcelona berjaya menjimatkan baki kontrak pemain itu yang dilaporkan masih bernilai €15 juta lagi.
Dia kemudian menyatakan sedia untuk keluar dan meminta ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama. Fabrizio Romano menegaskan bahawa kedua dua pihak melalui berapa siri perbincangan yang sangat positif dan akhirnya kedua-dua pihak mencapai kesepakatan.
Gundogan akan kembali semula ke Man City. Tetapi malangnya, pemergian Gundogan itu masa belum cukup untuk membantu barcelona mendaftarkan pemain bintang baharu mereka Dani Olmo.
Jadi Barca masih perlu menjual pemain atau mendapatkan tajaan besar yang baharu seperti sebelum ini. Barca memang masih cuba menjual beberapa pemain mereka. Dan berharap akan dapat melakukannya sebelum jendela perpindahan ditutup.
https://x.com/BarcaUniversal/status/1826246021133017182?t=ej8SCeQL6milRk_7LVuVFA&s=19
Sebagai rekod, Gundogan sebelum ini menyertai Barcelona daripada Man City. Dia memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya di Man City serta menolak berapa tawaran dari Arab Saudi.