Pemilik Baharu Bournemouth Mahu Lantik Marcelo Bielsa

Bournemouth dilaporkan sedang mempertimbangkan secara serius untuk melantik Marcelo Bielsa. Mereka kini masih meneruskan usaha untuk mencari pengurus tetap yang baharu.

The Cherries memecat Scott Parker pada bulan Ogos lalu, dengan Gary O’Neill sebagai bertanggungjawab sementara sehingga kini.

Walaupun permulaan yang agak baik, mereka telah jatuh ke tangga ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris. Dengan O’Neill dijangka tidak akan ditawarkan pekerjaan itu secara kekal.

Menurut The Athletic, pemilik Bournemouth telah berada di Las Vegas sejak minggu lalu bersama bakal pemilik baharu Bill Foley.

Dikatakan perbualan mereka adalah mengenai beberapa calon pengurus, dengan Bielsa sebagai calon utama mereka.

Pengambilalihan Bournemouth oleh Foley dijangka akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu akan datang.

Bielsa telah menganggur sejak dipecat oleh Leeds United pada Februari. Pengurus legenda berusia 67 tahun itu membantu Leeds naik pangkat pada 2020, kepulangan semula pertama mereka ke Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 16 tahun.

Pada musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris, Bielsa mendapat pujian selepas membantu Leeds menduduki tempat kesembilan. Jenama bola sepaknya yang intensif membantu Leeds beraksi dengan sangat baik dan digeruni musim lalu.

Bagaimanapun, musim kedua menyaksikan saiz skuadnya yang kecil mula sukar berhadapan tuntutan fizikal yang kuat dalam latihannya.

Hierarki Leeds memutuskan untuk bertindak memecatnya.

Mereka menggantikan Bielsa dengan Jesse Marsch, yang membimbing Leeds ke tempat yang selamat dengan kemenangan hari terakhir ke atas Brentford.

Bielsa sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa kelab termasuk Athletic Bilbao, Marseille, dan Lille, selain Leeds.

Bielsa dikenali dengan ketegasannya dalam prinsip bola sepaknya. Membuatkannya menjadi rujukan oleh jurulatih terkemuka lain seperti Pep Guardiola.

Tidak diketahui sama ada dia mahu kembali ke England memandangkan hubungannya dengan peminat Leeds.

Bournemouth dinaikkan semula ke Liga Perdana Inggeris musim lalu selepas dua tahun tidak menyertai liga utama Inggeris.

Selepas kekalahan 9-0 kepada Liverpool, mereka memutuskan untuk berpisah dengan Parker, yang telah melepaskan kekecewaannya secara terbuka kerana kekurangan sokongan dana  pada jendela perpindahan musim panas.

Sejak itu, O’Neill dilantik sebagai interim dan dia berjaya mencatatkan tiga kemenangan dan empat seri.