Pemilik Baru Suntik £167.9 Juta Sejak Tiba, Kebanyakannya Untuk Bayar Hutang Mike Ahsley

Pemilik baru NEWCASTLE telah melaporkan tentang pengurangan angka kerugian selepas cukai sebanyak £12.2 juta dan telah menyuntik dana sebanyak £167.9 juta sejak ketibaan mereka, berdasarkan laporan dalam penyata kewangan terbaru kelab yang didedahkan.

Angka untuk 11 bulan hingga 30 Jun 2021, di mana Mike Ashley ketika itu masih menerajui, menunjukkan perolehan keseluruhan turun sebanyak £12.4 juta kepada £140.2 juta dengan pendapatan perlawanan dikurangkan sebanyak 99% kepada hanya £200k kerana ketiadaan orang ramai di St James’ Park di bawah sekatan Covid-19.

Hasil media meningkat sebanyak £13.2 juta kepada £119.3 juta, dan nisbah gaji dengan pendapatan kelab jatuh daripada 79.4% kepada 76.2%, walaupun itu sebahagiannya disebabkan tempoh perakaunan sebelumnya meliputi 13 bulan.

Kerugian selepas cukai menunjukkan penurunan sebanyak £10.3 juta berbanding tempoh sebelumnya.

Konsortium Amanda Staveley 80% yang disokong Saudi menyelesaikan pengambilalihannya pada Oktober tahun lalu dan sejak itu telah menyuntik hampir £168 juta dalam ekuiti, sebahagiannya sebagai penyelesaian pinjaman tanpa faedah tertunggak yang terhutang kepada St James Holdings Limited milik Ashley.

Dalam bahasa mudahnya, Mike Ahsley menjadikan wang yang disuntiknya ke dalam pasukan sebagai hutang tunai. Sama dengan apa yang dilakukan Roman Abramovich kepada Chelsea. Cuma dia tidak meminta balik bayaran kerana sayangnya kepada kelab, bagi memudahkan Chelsea berbelanja selepas ini.

Laporan yang sama mendedahkan angka hutang tinggalan bekas pemilik itu adalah £106.9m — walaupun dia tidak banyak membeli pemain. Pelik bukan?

Pemain tengah Joe Willock tiba dengan perpindahan £25 juta dari Arsenal pada Ogos sebagai satu-satunya pemain bekas ketua jurulatih Steve Bruce tandatangani pada musim panas.

Mike Ashley yang dikenali dengan sikap kedekutnya, lebih banyak menukar pengurus berbanding dengan membeli pemain bintang dimahukan pengurus.

Sebagai perbandingan, di bawah pemilikan baharu mereka mengeluarkan perbelanjaan lebih £90 juta untuk Kieran Trippier, Chris Wood, Dan Burn dan Bruno Guimaraes, serta meminjam Matt Targett, dalam usaha yang akhirnya berjaya untuk mengelakkan penyingkiran.

Staveley berkata, langkah pertama mereka adalah untuk mengurangkan beban hutang lama. Ini untuk membolehkan mereka mendapat manfaat di masa akan datang dalam usaha mereka mahu memastikan akaun FFP mereka sihat.

Dengan cara ini barulah mereka boleh berbelanja lebih besar kelak.

Laporan itu, yang ditandatangani oleh Staveley, berkata: “Sejak pengambilalihan itu, pemilik baharu telah menyuntik pembiayaan ekuiti berjumlah £167.9 juta ke dalam syarikat, sebahagiannya dalam bentuk penyelesaian pinjaman tertunggak yang terhutang kepada St James Holdings Limited.”

“Manakala sebahagiannya lagi adalah secara tunai, yang terakhir yang membolehkan pelaburan besar ke dalam skuad pemain pada jendela perpindahan Januari 2022, ditunjukkan dalam pendedahan butiran perbelanjaan bersih di bawah.

“Pada 20 Oktober 2021, Steve Bruce meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih dengan persetujuan bersama dan pada 8 November 2021, kelab mengumumkan pelantikan Eddie Howe sebagai penggantinya. Perubahan seterusnya adalah dalam struktur kakitangan di belakang tadbir pada 16 November 2021.”

“Selepas tempoh tamat, kumpulan itu mengikat kontrak untuk pembelian dan penjualan beberapa pemain. Kos bersih bagi perpindahan ini, tidak termasuk sebarang yuran luar jangka, ialah £112 juta.”

Konsortium tersebut yang terdiri daripada Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, Rakan Kongsi Modal PCP Staveley dan RB Sports and Media, sedang menunggu keputusan siasatan sivil HMRC selepas siasatan jenayah terhadap dakwaan bayarang cukai dan insurans negara yang dilaporkan kurang daripada sepatutnya. Macam macam Mike Ashley ni pun.

Howe Beri Bayangan Newcastle Hanya Boleh Belanja £80 Juta Sahaja Kerana FFP

Baru baru ini Eddie Howe tidak menafikan laporan bahawa Newcastle hanya dibenarkan berbelanja £80 juta walaupun pengurus itu menyatakan angka itu adalah hampir tepat.

Newcastle United sebelum ini dikaitkan dengan nama nama besar di pasaran perpindahan termasuk Kylian Mbappe.

Newcastle digambarkan boleh menarik mana mana pemain masuk ke kelab mereka dengan pakej tawaran gaji tak masuk akal.

Mana tidaknya, mereka merupakan kelab terkaya di dunia pada ketika ini. Pemilik mereka berlipat kali ganda lebih kaya daripada pemilik Man City dan PSG.

Namun hakikatnya, situasi di Newcastle tidak sama dengan era Roman Abramovich mulai mengambil Chelsea ataupun ketika Sheikh Mansour mulai membeli Man City.

Kerana sekarang ada Financial Fair Play ataupun FFP yang mengawal perbelanjaan sesebuah kelab itu agar tidak sesuka hati menerima dana peribadi daripada pemilik.

Sesebuah kelab itu masih perlu berbelanja berdasarkan garis panduan FFP. Di mana pendapatan kelab adalah daripada tajaan, bonus kemenangan serta hak penyiaran. Pemilik kelab hanya boleh menyuntik dana yang dibenarkan UEFA sahaja.

Oleh sebab itu Eddie Howe mengakui bahawa Newcastle tidak akan dapat berbelanja ‘liar’ dalam jendela perpindahan akan datang selepas mengesahkan status kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Status kekal The Magpies dalam liga utama Inggeris musim depan telah disahkan pada hari Rabu dengan kekalahan 3-0 Leeds kepada Chelsea, bermakna Howe dan pemilik kelab yang disokong Arab itu kini boleh mula merancang dengan bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, selepas melabur kira-kira £85 juta pada bulan Januari untuk membawa masuk Kieran Trippier, Chris Wood, Dan Burn dan Bruno Guimaraes, serta menandatangani pinjaman Matt Targett, Howe telah memberi amaran kepada peminat supaya tidak mengharapkan perbelanjaan besar yang gila gila.

Pengurus berusia 44 tahun itu berkata terdapat “elemen kebenaran” dalam laporan media tentang bajetnya mungkin lebih sederhana pada jendela perpindahan musim panas, merujuk kepada peraturan kewangan FFP.

Newcastle dilaporkan akan dibenarkan berbelanja sebanyak £60 juta hingga £80 juta pada jendel perpindahan akan datang. Howe tidak mengesahkan laporan itu namun pada masa yang sama tidak menafikannya.

Jika mereka mahu berbelanja lebih banyak, mereka harus menjual pemain mereka terlebih dahulu.

Howe: Kami tak boleh berbelanja sesuka hati macam pasukan ‘kaya baru’ sebelum ini

“Dengan FFP, kami mempunyai kekangan dan kami mempunyai perkara yang perlu kami usahakan, jadi kami tidak boleh keluar sana dan membelanjakan wang untuk pemain seperti yang mungkin dilakukan oleh pasukan pada masa lalu dan menukar skuad mereka sepenuhnya dalam satu jendela perpindahan,” katanya.

“Itu bukan pilihan untuk kami. Lebih banyak wang yang anda belanjakan dalam satu jendela perpindahan, maka lebih banyak ia memberi kesan kepada keupayaan kamu untuk berbelanja di jendela perpindahan yang seterusnya.”

Howe, yang pasukannya menerima kunjungan Arsenal pada hari Isnin, membayangkan bahawa mereka terpaksa mengubah perancangan perbelanjaan mereka pada jendela perpindahan akan datang.

“Peraturan ada untuk mengawal perbelanjaan yang adil dan kami perlu mengikutnya, jadi ia memberi kesan kepada apa yang boleh kami lakukan pada musim panas ini,” tambah bekas pengurus Bournemouth itu.

“Tetapi ia tidak bermakna kami tidak mempunyai cita-cita sama sekali. Kami mahu cuba membawa masuk pemain yang betul, mereka yang bangga memakai jersi kelab ini dan itu boleh memberikan perubahan kepada kelab.”

“Kami sedar bahawa kami perlu menukar skuad dan kami perlu membuat peningkatan, tetapi ia akan menjadi sesuatu yang sukar untuk cuba mengimbanginya.”

Eddie Howe yakin para peminat akan faham dengan situasi semasa mereka. Kerana mustahil untuk mereka mendapatkan ramai nama besar ke dalam pasukan seperti yang dibayangkan segelintir peminat sebelum ini.

Untuk mereka berbelanja besar, mereka perlu memenangi sesuatu pertandingan atau mara ke kejohanan eropah. Kemudian cuba mencari seberapa banyak penaja besar dalam beberapa tahun ini.

Mujur Newcastle berjaya kekal di EPL. Ianya sedikit sebanyak membantu mereka dalam usaha mengukuhkan akaun FFP mereka.

Sambil Howe menegaskan kepada wartawan bahawa, membentuk pasukan dengan menggantikan satu pasukan dengan bintang ternama bukan sebahagian daripada visi kelab pada ketika ini.

Sinar untuk Newcastle

Dengan laporan terbaru daripada St James’ Park itu, semakin cepat mereka menyelesaikan hutang mereka dan menyelesaikan isu cukai kerajaan, makan semakin cepat Newcastle akan mendapat status akaun FFP yang lebih baik untuk dibelanjakan.

Jadi, penyokong Newcastle sudah boleh menarik nafas lega kerana sinar untuk berbelanja lebih besar itu sudah ada. Pengurusan kali ini benar benar teliti dalam perancangan mereka. Lebih lebih lagi menyedari pemilik Newcastle bukanlah popular di kalangan ahli rakan kongsi EPL yang lain. Mereka menunggu je masa nak menghentam.