Pemilik Berkeras Tak Nak Pindah, Rumah Berada Di Celah Celah Lebuhraya

Kita biasanya melihat rumah yang cantik di tepi highway di pusat bandar. Namun di China, sebuah rumah usang berada di tengah tengah lebuhraya di bandar.

Ianya satu lagi versi nail house daripada beberapa versi yang lain di seluruh dunia. Di mana rumah tersebut terus berada di tengah tengan pembangunan.

Ini selepas pemiliknya enggan berpindah atau merobohkan rumah tersebut. Kerajaan sudah menawarkan sejumlah wang yang banyak kepada pemilik tersebut, namun ianya masih gagal untuk mengubah fikirannya.

Menurut laporan Guangdong TV rumah yang bersaiz 40 kaki persegi itu kini berada di celah celah dua laluan lebuhraya. Ianya dalam keadaan gelap dan juga sangat bising.

Wanita yang bernama Liang enggan berpindah dari kawasan tersebut kerajaan gagal menawarkannya lokasi rumah yang memuaskan hatinya.

Kerajaan menawarkan rumah dua unit rumah flat sebagai pampasan.

Namun dia meminta 4 unit rumah flat, baru dia berpindah. Liang tidak kisah pemandangan di situ nampak buruk, kerana dia selesa tinggal di situ. Liang berkata kepada Guangdong TV: “Kamu memikirkan soal pemandangan yang tidak cantik? Siapa pedulu, saya rasa tenang di sini, dan ianya sangat menyenangkan duduk di sini.”

Laporan media China juga menyebut bahawa, kerajaan dan Puan Liang telah bergaduh hal rumah tersebut selama 10 tahun. Kerajaan mahu merobohkan rumah itu, namun Liang dianggap antara orang paling degil yang pernah berunding dengan kerajaan.

Oleh kerana lebuhraya tetap harus dibina, maka kerajaan memutuskan untuk membina lebuhraya di sekeliling rumah Liang — yang berada di celah celah antara dua laluan lebuhraya.

Lebuhraya itu siap dibina pada 2020, dan ya, semuanya mengikut perancangan kecuali binaan di sekitar rumah Liang itu.

Puan Liang menjadi satu satunya isi rumah daripada 47 keluarga serta 47 peniaga di situ yang menolak pampasan yang ditawarkan serta menolak untuk berpindah.

Kerajaan menawarkan beberapa rumah kepadanya, serta menaikkan jumlah pampasan wang, namun semuanya ditolak.

Ramai juga rakyat yang kecewa dengan binaan lebuhraya seperti itu. Kerana ianya jelas sekali ada risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna jalanraya serta Puan Liang sendiri.

Baca yang lain