Chelsea ‘di ambang perang saudara’ apabila hubungan Todd Boehly dengan Clearlake mencapai ‘titik penamat’ berhubung pertikaian di antara pemilik bersama. Menurut The Telegraph, The Blues mendapati diri mereka menghadapi masalah dengan Boehly dan Clearlake Capital yang kini mulai ada semangat untuk menguatkan pengaruh dan kepentingan masing masing.
Perselisihan dalaman antara pemegang saham utama kelab itu berpunca daripada visi yang bercanggah tentang masa depan Chelsea, dengan kedua-dua pihak kini mempertimbangkan pilihan pembelian drastik. Kedua dua Boehly dan Eghbali dikatakan mahu menjadi pemilik tunggal kelab tersebut.
Kedua duanya berharap isu ini dapat diselesaikan segera agar tidak mempengaruhi prestasi kelab di luar dan di dalam padang.
Clearlake Capital, diketuai oleh Behdad Eghbali dan Jose E. Feliciano, memegang 61.5 peratus kepentingan mengawal dalam Chelsea, menjadikan mereka pemegang saham majoriti kelab itu.
Walaupun ketegangan yang berterusan, Clearlake tetap teguh dalam keengganan mereka untuk menjual mana-mana bahagian pemilikan mereka. Sebaliknya, Boehly, yang memegang 38.5 peratus kepentingan dalam kelab itu bersama rakan kongsi Hansjorg Wyss dan Mark Walter, percaya dia mempunyai sumber sokongan untuk melancarkan pengambilalihan penuh Chelsea yang boleh menelan belanja lebih £2.5 bilion.
Punca konflik antara Boehly dan Clearlake nampaknya merupakan jurang strategik yang mendalam mengenai hala tuju masa depan Chelsea. Boehly dilaporkan mempunyai “wawasan 20 hingga 30 tahun” untuk kelab itu, dan dalam tempoh ini dia mahu membina stadium baharu dan menyemarakkan projek jangka panjang yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Chelsea sebagai kelab teratas Eropah.
Clearlake, sebaliknya, melihat pelaburan mereka sebagai “komitmen sedekad lebih sahaja”.
Satu halangan buat Todd Boehly adalah ada satu perjanjian antara mereka. Di mana jika mana mana pihak membeli kepentingan pihak yang lain untuk menjadi pemilik penuh, mereka tidak boleh melantik pihak ketiga untuk menjadi pemilik baharu. Pemilikan harus berpindah milik antara mereka sahaja.
Chelsea FC's main shareholders Clearlake and Todd Boehly are assessing whether they may buy each other out https://t.co/f7H6vkOlBk
— Bloomberg (@business) September 6, 2024
Kecuali kedua duanya setuju menjual kelab itu kepada pihak ketiga. Jika Clearlake mahu membeli saham Boehly maka ia berpotensi menelan belanja £1.5 bilion, kerana ia juga melibatkan pembelian saham Wyss dan Walter, dan memastikan semua pelabur mendapat keuntungan daripada pelaburan awal mereka.
Walaupun Boehly mahu menyerahkan urusan sukan dan operasi harian kepada orang yang bekerja di belakang tabir di Cobham, Eghbali telah mengambil pendekatan yang lebih suka dia sendiri campur tangan.
Perbezaan dalam gaya pemilikan ini telah menyebabkan konflik tambahan, kerana visi Boehly untuk peranan yang lebih terpisah bercanggah dengan keinginan Eghbali untuk lebih terlibat dalam pengurusan pasukan.
Laporan terbaru Telegraph ini membuatkan peminat Chelsea percaya bahawa masalah utama Chelsea bukan Todd Boehly namun Eghbali yang suka suka campur tangan dalam pengurusan pasukan. Itulah sebabnya pasukan mereka kerap membeli pemain tanpa persetujuan pengurus.
Sebelum ini Todd Boehly sendiri sudah menyatakan bahawa urusan jual beli pemain sudah pun diserahkan kepada pegawai khas mereka yang diketuai oleh Pengarah Sukan bersama Paul Winstanley dan Laurence Stewart.
Chelsea FC's main shareholders Clearlake and Todd Boehly are assessing whether they may buy each other out https://t.co/f7H6vkOlBk
— Bloomberg (@business) September 6, 2024
Seorang peminat Chelsea berkata: “Patutlah sebelum ini Tuchel tidak pernah memburukkan Todd Boehly dan mempertahankannya ketika Tuchel memberikan bayangan bahawa dia tidak mendapat pemain dia mahukan.”
Seorang lagi berkata: “Todd Boehly pemilik yang bagus namun kuasanya terhad dan terpaksa mengikut rentak Clearlarke dan si Eghbali.”
Ada juga yang mendedahkan bahawa rupa rupanya Eghbali adalah orang yang menandatangani pemain tanpa perancangan.
So eghbali is the one who’s signing without a plan. pic.twitter.com/biqF0T68y8
— 21 (@scurrly) September 6, 2024
Namun peminat yang lain berkata: “Kedua duanya saya tak percaya, sebab kedua dua mereka tak tahu pasal bola sepak.”
Masa depan Chelsea kini berada di persimpangan jalan, kerana pertempuran pemilikan antara Boehly dan Clearlake Capital mengancam untuk menggugat kestabilan kelab.
Clearlake boleh mengambil alih jawatan pengerusi di Chelsea pada 2027, mengikut perjanjian kontrak yang membenarkan pemilik kelab menggilirkan peranan setiap lima tahun. Walau bagaimanapun, memandangkan pertikaian teruk yang berterusan, nampaknya semakin besar kemungkinan pemilikan di Chelsea mungkin mengalami perubahan ketara sebelum 2027.