Pemilik Chelsea Sebenarnya Pernah Bagi ‘Hint’ Kat Billy Gilmour Bahawa Mereka Akan Pecat Tuchel

Pemilik Chelsea, Todd Boehly, telah membocorkan rancangan untuk memecat Thomas Tuchel kepada bekas pemain tengah Blues, Billy Gilmour.

Chelsea baru sahaja membawa masuk jurulatih baharu mereka musim ini iaitu Graham Potter.

Potter dilantik menggantikan Thomas Tuchel yang baru dipecat oleh Chelsea.

Tuchel dipecat oleh Chelsea selepas pasukannya tewas kepada Dinamo Zagreb dalam perlawanan sulung Liga Juara-Juara 2022-2023.

Dalam perlawanan itu, Chelsea terpaksa tewas 1-0 kepada Dinamo Zagreb.

Selepas kekalahan itu, pemilik Chelsea, Todd Boehly, memutuskan untuk memecat Tuchel daripada menjadi pengurus Chelsea dengan serta-merta.

Tuchel menjadi jurulatih pertama The Big Six yang dipecat oleh kelabnya pada musim 2022/2023.

Laporan dari UK menyebut bahawa pemecatan Tuchel adalah berkaitan dengan keadaan dalaman Chelsea.

Pengurus asal Jerman itu dikatakan berselisih faham dengan Todd Boehly dalam isu rekrut pemain. Antaranya adalah berhubung masalah perpindahan Cristiano Ronaldo.

Boehly dikatakan berminat untuk mendapatkan Ronaldo dalam pasaran perpindahan musim panas ini. Namun  idea itu ditentang Tuchel yang menolak permintaan Boehly kerana menganggap Ronaldo boleh menimbulkan masalah di bilik persalinan Chelsea.

Tuchel melabel Ronaldo boleh menimbulkan suasana toksik di bilik persalinan.

Isu punca pemecatan Tuchel diperkuatkan lagi dengan berita yang timbul baru-baru ini, di mana Boehly dilaporkan membocorkan pemecatan Tuchel kepada bekas pemain tengah Chelsea, Billy Gilmour.

Maklumat mengenai pemecatan Tuchel telah disampaikan oleh Boehly kepada Gilmour menjelang tarikh tutup bursa perpindahan.

Gilmour ketika itu mendesak kelab menjualnya kerana mahukan minit permainan. Boehly memujuk Gilmour dan memberikan hint bahawa akan ada perubahan dalam kelab itu tidak lama lagi. Merujuk kepada penstrukturan semula kelab termasuk memecat pengurus.

Gilmour berkeras dan agak ‘slow’ nak faham apa yang dimaksudkan Boehly dan berkeras mahu bermain di bawah Graham Potter di Brighton. Akhirnya Chelsea terpaksa melepaskan pemain itu. Dan tidak lama kemudian Potter pula masuk ke Chelsea.

Menurut laporan David Ornstein dari The Athletic: “Pemilik baharu Chelsea memaklumkan Billy Gilmour ketika pertemuan dengan pemain itu pada hari penutupan bursa perpindahan pemain, bahawa mereka [BOD] mahu Gilmour terus kekal. Boehly meminta Gilmour bersabar sedikit menunggu peluangnya di Stamford Bridge dan memberitahu pemain itu bahawa situasi di Chelsea akan berubah tidak lama lagi.”

Ianya selepas Gilmour memutuskan untuk berpindah ke Brighton and Hove Albion yang masih dilatih oleh Graham Potter.

Bagaimanapun, hanya enam perlawanan kemudian, Potter memutuskan untuk berpindah ke Chelsea selepas Tuchel dipecat oleh Boehly.

Boehly berkata dia sangat gembira membawa Potter ke Stamford Bridge untuk melatih Chelsea.

“Kami sangat berbesar hati untuk membawa Graham ke Chelsea. Dia seorang jurulatih dan inovator yang terbukti dalam Liga Perdana yang sesuai dengan visi kami untuk kelab,” kata Boehly.

“Dia mempunyai impak yang besar di kelabnya sebelum ini dan kami menantikan impak positifnya di Chelsea.”

“Kami tidak sabar-sabar untuk menyokongnya, pasukan bimbingannya dan skuadnya dalam merealisasikan potensi penuh mereka pada bulan dan tahun akan datang.”

Baca yang lain