Pemilik Nottingham Forest yang marah, Evangelos Marinakis dilaporkan terpaksa dihalang oleh pihak keselamatan selepas berkofrontasi dengan pengadil Paul Tierney di dalam terowong berikutan kemenangan lewat Liverpool di City Ground.
Dia tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dituduh memihak kepada Liverpool. Sebelum ini Nottingham Forest sudah melantik Mark Clattenburg sebagai pegawai penasihat melibatkan isu pengadilan.
Ianya selepas Forest merasakan diri mereka dianiayai pengadil dalam beberapa perlawanan. Ini termasuk Ivan Toney mengubah kedudukan buih bola untuk melakukan sepakan percuma yang masuk.
Pemain gantian Darwin Nunez menjaringkan gol pada minit kesembilan masa tambahan, untuk memastikan tiga mata besar untuk The Reds dalam perlumbaan kejuaraan dan pasukan tuan rumah terus diancam penyingkiran.
Marinakis went down to confront the ref after the final whistle.
Photo @ImJamieMartin #nffc pic.twitter.com/68GjAHrMFO
— Talk Forest TV (@OfficalTftv) March 2, 2024
Sebagai rujukan, masa kecederaan atau masa tambahan di hujung babak perlawanan adalah masa minimum diberikan pengadil. Ianya tidak boleh kurang, namun boleh ditambah lagi atas beberapa faktor lain mengikut budi bicara pengadil.
Dilaporkan, kemarahan Marinakis adalah kerana Paul Tierney sebelum itu telah menghentikan permainan apabila Forest menyerang kerana kecederaan kepala melibatkan Ibrahima Konate.
Pengadil kemudian memulakan semula menerusi Liverpool, yang terus menyerang akhirnya menjaringkan gol apabila Nunez menanduk masuk hantaran silang Alexis Mac Allister.
Selepas jaringan itu, tercetus kemarahan di bangku simpanan, dan jurulatih Forest Steven Reid dibuang padang.
Pemain gantian Felipe dilayangkan kad kuning oleh Tierney, yang dikelilingi oleh pemain dan kakitangan Nottingham Forest.
Wartawan BBC Radio Five Live Rob Schofield berada di dalam terowong City Ground selepas perlawanan, dan berkata: “Anda jarang melihat adegan seperti itu di dalam terowong. Kami melihat Steven Reid semakin kecewa.
“Dia dan pemilik Forest Evangelos Marinakis mengejar pengadil Paul Tierney dan pegawai keempat Graham Scott sehingga ke pejabat pengadil sambil menjerit kepada mereka ‘Hormati pemain! Hormati pemain! Ini berlaku setiap minggu! Hormati pemain!’,” tegas Marinakis.
🚨🇬🇷 Nottingham Forest owner Evangelis Marinakis chased referee Paul Tierney down the tunnel after Liverpool's late winner! 😤
Marinakis was furious and said: "Respect the players! This happens every week." — he was removed by security, reports @5liveSport/@MirrorFootball. pic.twitter.com/TKE5X2PuMW
— EuroFoot (@eurofootcom) March 2, 2024
Schofield meneruskan: “Pada satu tahap, Marinakis terpaksa dikeluarkan oleh pihak keselamatan. Pemain Forest berang, Nuno kelihatan benar-benar kecewa.
“Jurgen Klopp berlalu melepasi saya dengan mengatakan dia tidak tahu mengapa dia mendapat begitu banyak kritikan. Semuanya benar benar tegang di bawah sini. Adegan mengamuk.”
Klopp kemudian berkata: “Perlawanan paling sukar yang kami hadapi kerana keadaan. Empat perlawanan dalam 11 hari benar-benar rumit dengan situasi skuad yang kami ada.
“Ia sangat istimewa. Anda boleh lihat ia tidak mudah untuk kami hari ini dalam mana-mana bahagian permainan. Ia sangat sukar. Bagaimana kami mempunyai empat kemenangan terakhir ini, saya tidak percaya.
“Bantuan gol luar biasa pada saat terakhir. Perasaan yang luar biasa. Saya sangat gembira. Saya tidak boleh meminta lebih daripada apa yang dilakukan oleh budak-budak itu. Ahad depan akan menjadi perlawanan yang besar. Sebelum itu kami bermain perlawanan yang sukar di Prague . Kita perlu teruskan, pulih semula.”