Daniel Sturridge memang dikenali dengan rekod kecederaan yang sangat banyak di dalam kariernya.
Potensi Sturridge benar benar terbatas kerana kecederaan. Pemain yang sangat berbakat dan tajam di hadapan gol.
Dia memiliki sejarah siri kecederaan yang sukar untuk dijelaskan.
Dan terbaru, Sturridge membuatkan doktor pasukannya tergamam apabila dia cedera kerana menaiki pesawat.
Kisah itu benar benar pelik. Kerana tidak pernah lagi kelab Perth Glory mendapat berita bahawa pemain mereka cedera kerana menaiki kapal terbang.
Daniel Sturridge sebelum ini menganggur panjang dan gagal dalam sesi pemilihan di Mallorca.
Pemain Inggeris yang merupakan bekas pemain antarabangsa England itu mula bermain di Liga A pada 1 Oktober 2021. Kemudian, pada 20 November lalu, Sturridge membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian yang masuk pada minit ke-84 menentang Adelaide United. Dalam perlawanan di HBF Park, Perth, keputusan akhir adalah 1-1.
Kemudian, Sturridge dirancang untuk membuat debut penuh dalam kesebelasan utama pada hari 26 November, ketika Glory menentang Western United di AAMI Park, Melbourne.
Memandangkan Australia adalah negara empat kali lebih besar daripada England, perlawanan di tempat lawan akan membuatkan pasukan kerap menaiki kapal terbang. Untuk sampai ke Melbourne di bahagian selatan, Sturridge dan pemain Glory terpaksa melakukan perjalanan selama empat jam melalui udara dari Perth di Australia Barat.
Akibat daripada penerbangan itu, Sturridge mengalami kekejangan otot kerana tidak tahan dengan tekanan di kawasan tinggi untuk tempoh yang lama.
Kesannya,dia kemudian meminta izin untuk tidak bermain menentang Western United. Sturridge tidak berada dalam kesebelasan utama. Dia juga tidak duduk di bangku simpanan mahupun di tempat penonton, dan itu membuatkan peminat Liga A keliru.
Selepas perlawanan berakhir dengan kekalahan 0-1, pemilik Glory, Tony Sage mengesahkan bahawa penerbangan selama empat jam dari Perth ke Melbourne telah menyebabkan Sturridge cedera. Dia mendapat berita itu terus daripada jurulatih, Richard Garcia.
“Dengar, ramai yang bertanya kepada saya. Kemudian, saya melihat senarai pemain. Saya kemudian menghubungi (jurulatih) untuk mengetahui sebab (Sturridge tidak muncul),” kata Sage sambil menahan ketawanya.
Sage tahu, setiap kecederaan itu bukan untuk dijadikan bahan gurauan. Namun dia geli hati mengenangkan Sturridge yang tidak biasa dengan budaya bola sepak di Australia yang banyak menaiki pesawat, sehingga dia cedera.
Lagipun kecederaan itu kecederaan ringan. Maka Sage tidak mahu peminat Perth Glory khuatir akan penyerang mereka itu.
“Selepas perbualan antara kedua-dua (pemain dan jurulatih), dia (Sturridge) merasakan dia tidak boleh bermain. Richie (Richard Garcia) memberitahu saya selepas perlawanan. Dia tidak biasa dengan penerbangan empat jam untuk satu perlawanan. Dia tak pernah melaluinya.”
“Dia duduk (terlalu lama) di atas pesawat. Ia menyebabkan dia sedikit kekejangan otot berlaku. Apabila dia berjalan dan dia berassa tidak selesa, maka keputusan perlu dibuat. Jadi dia pergi ke Richie dan berkata: ‘Dengar , saya mungkin tidak bersedia minggu ini’. ‘ kata Sage.
Sage berharap Sturridge akan kembali cergas dan bersedia untuk mula menjaringkan gol selepas ini. Dan, yang paling penting biasakan diri dengan menaiki kapal terbang selama berjam jam.
“Dia mempunyai seminggu penuh latihan sekarang di Melbourne bersama skuad. Tiada gangguan, dan saya fikir anda akan melihat dia akan mendapat sekurang-kurangnya 10-15 minit minggu depan untuk menyesuaikan diri. Saya fikir anda akan melihatnya 100% apabila dia kembali di sini (ke Perth),” tambah Sage.