Pemilik Prototaip ‘Rare’ Nintendo PlayStation Mahu Melelong Konsol Tersebut Tahun Depan

Prototaip asli Nintendo Play Station dengan pemain CD-ROM  akan dilelong pada Februari 2020.

Ianya adalah prototaip untuk kerjasama Sony dan Nintendo satu ketika dahulu. Kini ia sudah menjadi salah satu barangan klasik dan rare untuk konsol permainan video.

Sebelum ini pemilik kepada prototaip itu telah menolak banyak tawaran daripada pembida. Ada yang menawarkan lebih USD 1 juta, pun dia tolak.

Kini beliau sudah sedia dan berkata, biarkan pembida menentukan harga itu nanti.

Mitos adalah realiti

Ramai yang tidak percaya, perkara yang mereka selama ini anggap mitos rupanya realiti.

Sony dan Nintendo pernah bekerjasama untuk projek tersebbut pada 1991. Namun di atas gagal mencapai kesepakatan pada fasa akhir menyebabkan projek kerjasama itu terbatal.

Sony kemudian tampil dengan projek mereka sendiri dan menghasilkan konsol PlayStation pada 1994.

Pemilik barang rare

Pada 2009, seorang lelaki bernama Terry Diebold telah membeli satu prototaip pelik dalam satu majlis lelongan yang dilakukan salah seorang bekas pegawai eksekutif Sony.

Sejak daripada itu, Diebold dan anaknya telah membawa Nintendo Play Station itu ke serata dunia untuk pameran dan ekspo konsol permainan video.

Mereka juga ada menyimpan beberapa permainan klasik khas yang boleh dimainkan di Nintendo Play Station tersebut.

Dah tiba masanya, Diebold mahukan wang selepas banyak membelanjakan wang ke serata dunia untuk mempamerkan barang rare itu.

Beliau menyatakan, ianya pengalaman yang indah dengan anak lelakinya untuk pergi menjelajah ke banyak tempat bersama Nintendo Play Station. Namun sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan salah satu harta paling disayanginya itu.

Dilelong untuk orang ramai

Mereka berharap akan dapat menjual konsol itu pada pameran Heritage tahun hadapan. Heritage sebelum ini menjadi medan para kolektor menjual barangan mereka dengan harga tak masuk akal bagi kita semua.

Namun mengambil kira nilai dan tahap rare yang ada, maka itulah sebab ada yang sanggup membeli.

Diebold pasti mengharapkan beliau akan mendapat pulangan yang besar daripada konsol yang beliau miliki.

Misalnya Januari tahun lalu, seorang penjual berjaya melelong salinan permainan The Legend of Zelda dan Bubble Bobble yang masih belum dibuka dan ‘sealed’ dengan harga hampir  $20,000 untuk setiap satu.

Satu lagi, salinan ‘sealed’, Donkey Kong 3 dijual dengan harga hampir $30,000.

Paling besar setakat ini adalah salinan tak dibuka lagi, untuk Mega Man yang dilelong dengan harga $75,000.

Untuk komik pula, seorang kolektor pernah menjual komik cetakan pertama Super Mario Bros yang tidak dibuka lagi, dengan harga $100,150.

Pada Oktober seorang lelaki membayar $1 juta lansam untuk  40 permainan lama.

Diebold mengesahkan ketika mereka berdua di Norway, seorang lelaki menawarka USD1.2 juta untuk konsol mereka. Namun ditolak kerana beliau merasakan angka itu terlalu rendah selepas ditolak cukai.

Beliau sudah berjanji akan membahagikan wang itu 50-50 dengan anaknya. Mereka juga perlu melangsaikan hutang mereka yang masih tertunggak kerana banyak menjelajah.

Jadi, kepada yang mahukan barang rare ini, boleh sedia membida di Heritage pada Februari 2020.

Siapakah tuan baru untuk konsol unik ini? Mana tahu orang Malaysia kan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.