Pemilik PUBG – Tencent – Kini Miliki iflix, Sedia Saingi Netflix

iflix merupakan sebuah syarikat milik anak Malaysia. Dan ianya telah mengalami beberapa masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkhidmatan penstriman video yang menyaingi Netflix yang popular di seluruh dunia, telah mengalami kesukaran untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.

Berbalik ke tahun 2018, iflix melaporkan mereka mengalami kerugian bersih AS $158.1 juta. Setahun kemudian pada bulan September, iflix hanya mempunyai AS $12.7 juta dalam akaun banknya.

Akhirnya, pada bulan April 2020, pengasas bersama Patrick Grove dan Luke Elliot memutuskan untuk mengundurkan diri dari syarikat itu, dan ahli lembaga baru dari Mandala Asset Solutions di Australia dilantik.

Mandala Asset Solutions sebelum ini mengakui mereka sebagai pakar dalam situasi aset yang bermasalah. Tetapi nampaknya syarikat itu masih menghadapi masalah membawa keuntungan.

Ini memaksa perkhidmatan penstriman di Asia Tenggara itu disenaraikan untuk dijual pada bulan Jun 2020 kerana peningkatan kerugian berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Nikkei Asian Review.

Tetapi nampaknya iflix sudah dibeli dan mungkin mempunyai hq baharu di luar Asia Tenggara.

Iflix selalunya menghadapi isu kekurangan apabila tiba ke isu kandungan yang ditawarkannya.

Walaupun memiliki fokus yang besar pada konten tempatan di Asia Tenggara, namun mereka berdepan dengan kesulitan pada konten antarabangsa.

Seterusnya, masalah lain adalah kualiti video maksimum yang iflix berada pada FullHD atau 1080p, berbanding Netflix, yang menawarkan kualiti 4K pada pelan langganan tertinggi mereka.

Lowyat.net baru-baru ini melihat bahawa nama pemaju di App Store dan Play Store telah diubah menjadi Ren Feng Media Inc.

Tencent adalah syarikat induk Ren Feng Media Inc.

Syarikat induk Ren Feng Media adalah Tencent, sebuah syarikat induk yang perniagaan utamanya terdiri daripada perkhidmatan internet, hiburan, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, wang pelaburan utama Tencent sebelum ini ditempatkan di syarikat permainan seperti Riot Games, Epic Games, Activision Blizzard, dan banyak lagi.

Dengan pengambilalihan iflix oleh Tencent, ini bermakna syarikat tersebut dijangka akan membawa lebih banyak konten terutama sekali dari China.

Tencent dilapprkan sudah bersedia untuk menyaingi Netflix di pasaran Asia, terutama sekali Asia Tenggara.