Pemilik Sheffield Wednesday, Dejphon Chansiri telah menggesa dan menyindir peminat kelab itu untuk menyumbang kepada kelab jika betul mereka penyokong sejati.
Selama ini penyokong selalu melaungkan slogan, kelab itu milik penyokong dan pemilik kelab cuma penjaga sahaja. Kali ini Dejphon Chansiri mahu penyokong membuktikan retorik itu benar.
Kerana kelab perlu melangsaikan hutang £2 juta untuk membolehkan mereka keluar daripada sekatan perpindahan pemain. Sheffield Wednesday kini bergelut dengan masalah kewangan.
Kelab wajib melangsaikan dahulu tunggakan gaji bernilai £2 juta yang dihadapi oleh kelab itu pada masa ini. Sheffield Wednesday terperosok di tangga tercorot liga kejuaraan selepas 14 perlawanan. Dengan hanya 1 kemenangan 3 seri dan 7 kekalahan.
Memang isu gaji benar benar memberikan impak kepada prestasi mereka di atas padang.
Lantas Chansiri berkata semua pihak harus bekerjasama menyelamatkan kelab. Dia mengeluarkan formula khas: “Ayuh kita langsaikan £2 juta ini. Kamu boleh menyumbang £100 seorang sahaja.”
Dia turut menyindiri penyokong yang dianggap toksik ketika memperjuangkan kempen bahawa penyokong adalah pemilik sebenar kelab.
🚨EXC: Dejphon Chansiri unleashes astonishing call to 'negative fans' to pledge £2m in next days to 'save their club'. 'Cash flow issue' at S6. HMRC not paid. Player/staff ££ due today could go unpaid. Multi-window embargo concern.
Full story👇https://t.co/RIvuZVkjLf#SWFC🦉
— Alex Miller (@AlexMiller91) October 31, 2023
“Jika 20,000 orang menyumbang £100 setiap seorang maka kita akan meraih £2 juta daripadanya dan kita akan dibersihkan daripada sekatan.”
“Ini harus kita lakukan sebelum 10 November ini jika kamu tidak mahu melihat masalah ini sampai 390 hari. Jika kita selesaikanya dalam 10 hari ini menjelang 10 November kita akan selamat. Jika gagal selesaikan dalam 30 hari kita akan berdepan penggantungan 3 jendela perpindahan.”
“Jika kamu tak mahu menyelamatkan kelab kamu, maka jangan pernah gelar diri kamu ‘pemilik’ kelab dan saya sekadar penjaga amanah di sini.”
🗣️💬 Sheffield Wednesday owner Dejphon Chansiri has told SUPPORTERS to fund the £2 million which the club needs to pay HMRC and player wages:
"If 20,000 people gave £100 then it's £2m and it'd be clear – so we can finish it.
That would cover everything, HMRC and the wages.… pic.twitter.com/1Ti4LXaFEO
— The Second Tier (@secondtierpod) October 31, 2023
Kenyataan Chansiri yang bernada sindiran dan menganjing dengan provokatif itu membuatkan peminat lebih marah. Mereka berpendapat, kenapa penyokong harus dikerah untuk menampal hutang hasil daripada kegagalan Chansiri mentadbir kewangan kelab.
Ramai melancarkan kempen Chansiri Out. Dan mereka sudah menyampah dengan pemilik dari Siam itu.
As soon as he got us relegated due to his own financial mismanagement it should have been over for Chansiri. How some fans have defended him this long is a disgrace, Chansiri Out. #swfc pic.twitter.com/WBlXYjE2cw
— Ben (@benswfc15) October 31, 2023
Sheffield pastinya dalam masalah besar pada masa ini. Kerana sumber kewangan mereka sangat terhad dan peminat sudah bersedia dengan impak lebih teruk di mana kelab itu mungkin akan disita untuk diiktiraf muflis sedikit hari lagi. Kelab juga bakal berdepan hukuman lebih berat seperti pemotongan mata.