Pemilik Syarikat Pakar Pencegahan Pecah Masuk Rumah, Dipenjara Kerana Pecah Masuk Rumah Orang

Satu insiden yang ironi dan pelik berlaku di UK. Seorang lelaki memulakan perniagaan yang agak unik iaitu menjadi konsultan atau penasihat pencegahan untuk jenayah pecah rumah.

Dia menyediakan khidmat nasihat kepada masyarakat agar melindungi rumah mereka daripada pencuri.

Dan pada hari ini lelaki itu berada di dalam penjara. Sebab apa? Sebab jenayah pecah rumah yang dilakukannya.

Sam Edwards, 28, melancarkan syarikat perundingan ‘Sam’s Burglary Prevention’ ataun Pencegahan Kecurian Sam pada 2019. Ketika itu dia berkata dia sudah mahu melupakan zaman gelap dalam hidupnya yang pernah terlibat dalam jenayah pecah rumah.

Dia pernah mencuri barang kemas dan berharga dengan nilai terkumpul GBP20 juta sepanjang menjadi pencuri dan memecah masuk rumah orang lain.

Oleh kerana dia sangat pakar dalam dunia pecah rumah, dia akhirnya mahu berubah dan menggunakan kepakarannya untuk kebaikan masyarakat.

Namun ternyata tabiat buruknya itu tak pernah berubah. Ketika ditangkap, dia mengaku bersalah terhadap 11 jenayah pecah rumah pada April 2022.

Kini dia dihukum penjara 3 tahun dan 5 bulan.

Dia melakukan jenayah dalam sekitar 7 bulan dari September 2021 sehingga Mac 2022.

Edwards yang menemui kliennya telah mengetahui banyak tentang harta berharga mereka. Rupa rupanya dia mengambil kesempatan untuk mengetahui selok belok rumah kliennya.

Laporan terbaru menyatakan bahawa dia telah mencuri barangan kemas yang bernilai sangat tinggi di sebuah kediaman di Berkshire.

“Edwards telah memecah masuk ke dalam 11 hartanah dan cuba menceroboh satu lagi. Dia mencuri bukan sahaja barangan bernilai kewangan tinggi tetapi juga barangan dengan nilai sentimental tinggi yang tidak boleh digantikan,” kata konstabel detektif Steven Baggaley kepada SWNS.

Pesalah terkenal itu telah dipenjarakan selepas dia mengakui 11 pertuduhan pecah rumah dan satu pertuduhan cubaan pecah rumah pada April 2022.

“Sebuah rumah adalah tempat yang anda patut rasa selamat dan Edwards telah melanggarnya, membuatkan mangsanya berasa terdedah dan tidak selamat,” tambah detektif itu.

Sam Edwards sebelum ini menubuhkan syarikat pencegahan pecah rumah pada 2019.

Dia akan mengenakan bayaran £20 sejam daripada pemilik rumah sebagai balasan untuk tips dan petua penting serta mustahak. Khidmat nasihatnya termasuk jenis pintu bolt dua lapisan, meletakkan kad akses kereta tanpa kunci ke dalam ketuhar gelombang mikro, dan mempunyai sistem penggera khusus.

“Orang ramai boleh mempercayai saya kerana saya telah melakukan ini untuk hidup, saya tahu apa yang saya cakapkan. Saya boleh memberikan ketenangan fikiran kepada mereka yang terdedah,” katanya ketika itu.

“Setakat ini saya hanya mempunyai empat atau lima pelanggan, dua daripada mereka telah dirompak dan seorang mempunyai beberapa barang berharga yang mereka lebih suka disimpan,” tambahnya.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi