Peminat Al Hilal Ejek Salim Al Dawsari Sebab Tak Nak Serahkan Penalti Kepada Neymar

Salem Al Dawsari merupakan salah seorang pemain berstatus legenda di Al Hilal. Dan dia sudah bersama dengan kelab itu sejak 2011 lagi.

Dia juga menjadi bualan seluruh dunia beberapa bulan lalu kerana menjaringkan gol kemenangan ke atas Argentina dalam aksi Piala Dunia 2022.

Namun semalam dia menerima ejekan daripada peminat Al Hilal kerana tidak mahu menyerahkan tugasan penalti kepada Neymar yang masuk sebagai pemain gantian.

Neymar memberikan satu assist pada penampilan sulungnya bersama Al-Hilal. Dia dimasukkan sebagai pemain gantian.

Salem Al Dawsari tidak membenarkan Neymar Jr. mengambil penalti menentang Al-Riyadh dalam aksi di Stadium Putera Faisal Bin Fahad di Riyadh.

Peminat Al-Hilal mula mengejek dan mengeboo pemain itu sebagai tanda tidak bersetuju. Namun, pemain berusia 32 tahun itu berjaya menyempurnakan penalti itu.

Dan kemudian menjaringkan gol sekali lagi pada masa kecederaan separuh masa kedua, untuk memastikan kemenangan besar 6-1 untuk Al Hilal dalam aksi Liga Pro Saudi.

Al-Hilal mendominasi seteru mereka Al-Riyadh sepanjang perlawanan. Mereka melancarkan serangan bertali arus yang konsisten di sepertiga akhir, ditambah dengan persembahan pertahanan yang mantap pada malam tadi.

Aleksandar Mitrovic membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 selepas Michael dikasari di dalam kotak penalti.

Sejurus sebelum rehat separuh masa pertama, Yasir Al-Shahrani menggandakan pendahuluan untuk Al-Hilal selepas menghantar hantaran lintang Sergej Milinkovic-Savic.

Detik terbesar dalam perlawanan Liga Pro Saudi ini berlaku pada minit ke-65 apabila Neymar Jr membuat penampilan sulung untuk kelab itu dari bangku simpanan.

Neymar menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak Asia yang dibeli dengan nilai €90 juta.

Nasser Al Dawsari menjadikan kedudukan  3-0 pada minit ke-68, dengan bantuan gol daripada Malcom.

Gol keempat pada malam itu dijaringkan oleh Malcom pada minit ke-83 apabila Neymar Jr melakukan hantaran untuk assist pertama beliau.

Beberapa minit kemudian,  pemain Al-Riyadh telah menampan bola dengan tangan. Lalu penalti telah diberikan kepada Al Hilal.

Penyokong mereka mahu Neymar mengambil sepakan penalti itu. Dengan pemain Brazil itu kelihatan menunggu sahaja dia diberikan peluang untuk menjaringkan gol pertamanya pada malam debut.

Tetapi Salem Al Dawsari tidak mahu menyerahkan penalti itu kepada Neymar dan menyempurnakannya, walaupun diiringi ejekan boo dari penyokong Al Hilal sendiri.

Di media sosial ramai peminat Al Hilal mengecam Salem Al Dawsari kerana menurut mereka pemain itu tiada timbang rasa. Pada kedudukan 4-0, tiada masalah untuk dia memberikan penalti itu kepada Neymar.

Gol itu menjadikan kedudukan 5-0 memihak kepada pasukan Al Hilal pada minit ke-87.

Pada masa kecederaan Salem Al Dawsari menjadikan kedudukan 6-0. Al-Riyadh menjaringkan gol pertama mereka dalam perlawanan itu, menerusi Ali Al-Zaqaan pada penghujung babak perlawanan.

Kemenangan 6-1 itu membolehkan Al Hilal kekal di tangga teratas Liga Pro Saudi.