Peminat Arsenal Mahukan Penjelasan PGMOL Tentang Gol Havertz Yang Dibatalkan

Peminat Arsenal minta penjelasan daripada PGMOL – Persatuan Pengadil Liga Inggeris – berkenaan gol Kai Havertz yang dibatalkan oleh VAR kerana didakwa handball.

Menurut peminat Arsenal, bola tersebut jelas terkena pada dada Kai Havertz dan tidak menyentuh tangannya.

Kai Havertz sendiri berkali kali memberitahu penngadil bahawa itu bukan handball. Peminat Arsenal melabel PGMOL sentiasa penuh dengan korupsi.

Pembatalan gol itu memberikan kesan kepada usaha Arsenal mahu merebut kejuaraan EPL musim ini. Memandangkan ia berpotensi menjadi gol kemenangan Arsenal.

Kerana jika gol itu diberikan, Arsenal berada pada kedudukan 3-2 pada ketika itu, pada minit ke-87.

Mikel Arteta pula tidak pasti sama ada ianya hanbdball atau tidak. Namun akui dia agak kecewa kerana sudah meraikan gol tersebut.

“Daripada sudut yang lain yang lain, ianya seakan akan handball, dan sudut yang satu lagi nampak sebaliknya pula. Ianya sukar keranna kamu sudah sangat emosi, kamu meraikannya dan ianya dirampas daripada kamu. Tak mudah,” kata Arteta.

Pemain Aston Villa, Ollie Watkins pula percaya pengadil membuat keputusan tepat.

“Saya tengok dari belakang dan ianya kelihatan handball. Saya tak pastilah. Saya rasa keadaan memihak kami sedikit. Jika pengadil tidak berpihak kepada kami dalam insiden itu, pastinya kami agak kecewa. Saya tak tahu, namun dari sudut itu, saya tak pasti, namun itulah fungsinya VAR.

Arsenal diikat Aston Villa 2-2 di Emirates. Selepas mereka mendahului 2-0. Kealpaan pertahanan Arsenal membuatkan mereka melepaskan dua gol kepada lawan.

Aston Villa terus menjadi pasukan yang mengganggu Arsenal dalam mengejar kejuaraan EPL, sama seperti musim lalu.

Ketika ini Arsenal berada 6 mata di belakang Liverpool. Namun masih banyak lagi baki perlawanan yang ada dalam EPL musim ini.