Peminat Arsenal Risau Willian Jadi Nombor 10 Baharu, Kenapa Ianya Penting?

Bintang Arsenal, Willian dikatakan di antara pemain yang berada senarai untuk menjadi pemilik baharu jersi keramat nombor 10 di Arsenal.

Mesut Ozil meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab Turki, Fenerbahce. Jadi ada kekosongan pada jersi nombor 10.

Willian tidak berada dalam prestasi terbaiknya ketika ini. Mungkin selepas mendapat nombor 10 beliau akan menunjukkan semula prestasi seperti dalam 2 atau 3 perlawanan pertamanya bersama Arsenal.

Jersi no.10 Arsenal sangat ikonik dengan legenda Dennis Bergkamp. Dan selepas Bergkamp meninggalkannya, Robin Van Persie adalah pemain yang paling menonjol sebelum kedatangan Mesut Ozil.

Paling gol pastinya ketika Wenger memberikan William Gallas jersi nombor 10 selaku bek tengah.

Kini beberapa nama berada dalam pertimbangan untuk diberikan jersi itu pada musim hadapan.

Antaranya adalah Emile Smith Rowe yang cemerlang dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini. Pemain muda yang kreatif menepati personaliti no.10.

Namun rata rata penyokong Arsenal mahukan jersi itu diberikan kepada Gabriel Martinelli, jika Arsenal memutuskan untuk memberikannya kepada salah seorang pemain yang sedia ada dalam pasukan.

Aubameyang dan Lacazette turut bergurau senda menyatakan bahawa mereka mahukan jersi itu.

Apa yang menarik adalah peminat Arsenal agak resah jika Willian pula yang menjadi pemilik baharu jersi ikonik itu.

Willian Borges menyertai Arsenal terus daripada seteru sebandar mereka Chelsea selepas Arsenal setuju menwarkan kontrak jangka panjang kepadanya berbanding Chelsea.

Namun para peminat Arsenal merasakan Willian tidak layak untuk memakai jersi tersebut. Secara statistik Willian merupakan pemain Brazil paling banyak beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Ada peminat yang merasakan jika Willian mendapat jersi Ozil itu maka ianya satu aib. Seharusnya ia diberikan sama ada kepada Martinelli ataupun Smith Rowe.

Ramai lagi meluahkan kerisauan mereka. Kerana mereka tahu hubungan rapat di antara Arteta dengan Willian.

 

Kenapa jersi nombor 10 menjadi rebutan dan penting?

Ianya bukan sekadar jersi. Ianya adalah simbol kepada pemain penting pasukan. Sejak turun temurun, jersi no.10 biasanya dimiliki pemain yang elegan dalam pasukan.

Untuk kelab pula, jersi nombor 10 adalah penting untuk komersial kelab. Kerana biasanya, jersi nombor 10 akan mendapat sambutan hangat.

Jadi sangat penting untuk sesuatu pasukan itu memberikan no.10 kepada pemakai yang selayaknya.

Di Man United dahulu, Wayne Rooney diberikan jersi no.10 hanya selepas Sir Alex Ferguson merasakan dia benar benar layak.

Jadi tidak salah peminat Arsenal merasakan bahawa ada pemain yang tidak seharusnya diberikan jersi ikonik tersebut. Kerana nilainya sangat besar.

Mungkin juga jersi tersebut akan menjadi milik Lacazette? Berdasarkan senioriti beliau dilihat antara calon yang baik. Jika diberikan kepada Martinelli atau Smith Rowe ia bermakna Arsenal yakin pemain tersebut mampu menggalasnya.

Sebelum ini Arsenal memberikan jersi angka tunggal nombor 7 kepada Bukayo Saka. Dan ternyata pemain itu mampu menggalasnya.

Baca yang lain